Kematian seorang Daie menjadi sumber hidayah yang besar kepada umat...
Rindukan 2 orang guru sebuah mrsm yang meninggal ketika sedang berdakwah di jalan Allah. Saya sangat rapat dengan keduanya...
Pernah satu hari kami bersama-sama menziarahi seorang pelajar universiti yang ingin belajar agama tapi tidak mendapat kebenaran ibubapanya. Saya dan guru tadi cuba menerangkan betapa ramai anak muda ingin menjadi penyanyi. Tapi sudah tiada yang ingin menjadi Daie betapa bertuahnya mak ayah mereka...Kami sampai rumah 2 pagi malam tu.
Salah seorang guru yang saya sayang itu meninggal ketika sedang keluar di jalan Allah dan berjauhan dari keluarga sepanjang cuti sekolah. Dia meninggal ketika hendak solat asar. Keluarga yang jauh..
Kesannya pada sekolah itu setahun kemudian dengan asbab dakwah cara Nabi saw. Semua orang akan terkejut kerana sekolah itu berubah suasananya. Pelajarnya penuh dengan sunnah Nabi saw. Penuh suasana dakwah. Di mana sahaja pelajar semuanya cakap kebesaran Allah. Setiap kali lepas solat saya lihat semua pelajar menangis semasa berdoa.
Mereka beli dulang dan suka makan dalam dulang bersama-sama. Semua pelajar suka untuk pakai serban. Anak orang kaya yang manja dan malas berubah menjadi seorang yang sangat teguh dalam bangun malam dan tahajud.
Pernah program disebuah masjid semua pelajar berebut khidmat bersih tandas masjid dan berdakwah. Jika dengar kisah Nabi saw dan sahabah rhum mereka menangis...
Sekolah dapat tempat terbaik dari tempat tercorot dalam mrsm.
Seorang pelajar khidmat ibunya tidak berhenti basuh rumah dan picit ibunya supaya ibunya tidak menyekat dari dakwahnya.
Seorang dari pelajar sekolah itu penggerak dalam dakwah disekolah itu sambung belajar di umt. Sangat kuat berdakwah sehingga seluruh keluarganya juga menjadi daie.
Pelajar ini sangat rapat dengan saya. Selalu berlapar.. Duit yang diperolehnya digunakan untuk buat makan disurau. Belanja kawan yang baru mula dekat dengan masjid. Sedikit duit lagi disimpan untuk.pergi belajar agama...
Satu hari tengah saya drive, saya dapat sms adik tadi telah meninggal ketika berdakwah di sebuah tempat di sabah.Surau tiada air. Dia lemas pagi itu..
Saya lihat ribuan orang solat jenazahnya dibeberapa tempat. Seperti seorang tokoh yang meninggal dunia.Anak muda ini telah jumpa Allah dalam keadaan hatinya penuh cinta Allah dan tidak sempat nak cinta dunia...berapa ratus orang yang dia sendiri telah dakwah. ALLAH telah ubah kehidupan ramai anak muda asbabnya...
Kini adik beradiknya walaupun jadi doktor dan lain2 tapi penuh fikir agama dan sayang agama...
Bagaimana saya? Apakah pandangan Allah pada saya..sedih dan rindu mereka semua ini kerana Allah..apa yang diceritakan ini bukan mimpi. Tapi itulah kehidupan...macam baru semalam.
Semasa di kubur, kawan kepada adik tadi. Saya juga berada di situ dengar kawannya menangis dan kata...sampai hati kau. Awalnya kau pergi.Juta lagi manusia yang belum kenal Allah. Banyak lagi kerja nak buat...
Saya sebak dan menangis kerana teringat ilmu agama ada dua. Satu dilidah yang cuma menjadi beban di akhirat. Satu lagi ilmu yang menyerap dihati dan menjadi amalan sehingga kita mati dalam mengamalkannya..
Itulah keajaiban iman bila.menyerap dalam jiwa. Tanda iman merasai nikmat bila tunaikan perintah Allah dan melihat umat taat Allah...iman juga rasa sengsara dan pilu bila buat dosa dan jiwa menangis dan meronta bila lihat umat jauh dari Allah.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew
No comments:
Post a Comment