Friday, February 12, 2010

Sahabat Ku

Sahabat ku yg dicintai
apa kena dgn kita semua ni
aku pun hairan dgn keadaan kita ni
bila jalan saja
mata semua liar
liar sebab apa?
sebab nak cari mana satu awek yg kiut & comel
mungkin sebab saya ni yg lemah
tidak dpt nak tegah guna anggota dan mulut
jadi benci dalam hati sajalah
sebab itu selemah-lemah iman

Kita ni lelaki kena jaga pandangan kita
jgn nampak benda yg tidak baik
terutama perempuan bukan muhrim
kita kena tahu perempuan tu
senjata utama syaitan
untuk tipu lelaki
untuk perdaya lelaki
agar lupa dgn tanggungjawab untuk bela islam

Cukuplah buat kita 2 perkara
dakwah dan juga pelajaran
jgn ada yg ke3 iaitu perempuan
sebab bila ada perempuan
kita kena buang 1 daripada 2
sama ada dakwah atau pelajaran
jadi pilihlah mana yg kau rasa bahagia
sahabatmu ini hanya mampu
menasihati dan berdoa
untuk diriku dan dirimu...

Hamba Yang Hina

Ya Allah,hamba mu ini sangat lemah...
Hari-hari azam nak ubah diri ini...
Tapi azam cuma azam...
Azam yg hangat-hangat tahi ayam...

Ya Allah beri la hamba mu ini kekuatan...
Kekuatan yg mana dpt...
Dpt membuatkan hamba mu ini...
Berubah dan mengubah dunia yg fana ini...

Ya Allah,kau jadikanlah aku ni...
Seorang hamba yg sentiasa berusaha...
Berusaha mengubah diri ini...
Kearah yg lebih baik dan suci...

Ya Allah,hamba mu ini jahil...
Hamba mu ini fakir...
Hamba mu ini hina...
Hamba mu ini lemah...

Maka itu,kau berilah...
Hamba mu ini kekuatan...
Kekuatan untuk menjadi khalifah...
Di bumi yg fana ini...

Thursday, February 11, 2010

Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??

Kekasih Ku