Sunday, September 26, 2010

Remaja Dan Seks??

Seks!!!
Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!
Ada juga yang jadi hamba seks...kesiankan...
Dan tak kurang juga yang dicampakkan ke dalam neraka kerananya.. oh tidak....


Hari ini jika korang  rajin cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!


Sehingga tak tercapai akalku..isk….isk.

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi ni?

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbintikan siapa, penyakit kelamin dan doktor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah  tergadai, keturunan tercemar, lahir anak-anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda .



Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya sebab lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali....

Lalu Rasulullah bersabda(lebih kurang maksud) :
Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)

Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..

Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:

“Sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segala macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!
Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah-celah bangunan sekolah, ke IPT, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!


Nauzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?Owh tidak........bahayanya nafsu ini.....


sumber:keretamayat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Kekasih Ku