Ada seorang kawan bercerita kisah dia pergi ala-ala Rehlah atau khemah Ibadat, sound like that la,dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, apatah lagi di anjurkan oleh para ustaz dan ustazah..
Tetapi perempuan itu keliru kerana ada beberapa aktiviti yang mushkil seperti mandi sungai lelaki & perempuan, walaupun tak bercampur tapi dekat jugak, lepas tu main sukan dan ustaz jadi penonton, kemudian ada permainan ala-ala explorace, cari jawapan tentang ugama islam sambil mengejar masa dan merentas desa, tinggal solat jemaah dan buat aktiviti yang kelihatan seperti pengakap melepaskan rindu zaman perkemahan..
Lagipun aktiviti itu di buat kat tempat jin bertendang iaitu tepi sungai dalam hutan, tepi pantai atau atas gunung...
Aku tak nak ulas lebih lebih, sebab ustaz dah anjur, siapalah aku untuk pertikaikan keputusan ustaz-ustaz itu, cuma kalau bini atau awek aku yang nak pergi memang aku larang, dan kalau ustaz tu ajak aku dan sedia bayar duit pun aku tetap akan fikir panjang, dan keputusannya aku tak nak pergi..
Kenapa? Kerana aku rasa teknik itu bukannya dapat mengimunkan iman aku, lebih kepada nak berseronok aku rasa, atau berkelah dengan nama islam, mungkin mereka tinggal solat jemaah sebab musafir kot..(aku bersangka baik)
Semoga lepas mereka pulang dari khemah ibadat-rehlah itu, dapatlah mereka jaga solat jemaah bagi lelaki, dan dapat solat awal waktu bagi perempuan, barulah berbaloi masuk hutan tiga hari tiga malam kena gigit nyamuk pula tu..
Berbalik kepada tajuk kita, Bagaimana kita nak Imunkan Iman kita?
Bagaimana kita nak buat supaya iman kita tidak terkesan dengan godaan dan suasana, yang paling takut bila dengar berita anak-anak muda dah murtad di sini sana..
Memang benar, Allah akan uji iman kita, Allah akan uji itu ini begitu begini, namun akhirnya, mereka yang kuat imannya atau memang telah berjaya mengimunisasikan iman mereka, merekalah yang akan berjaya di dunia dan di akhirat..
Orang yang imun imannya, apabila datang ujian dalam bentuk Takhta, Harta, dan Wanita, masih selamba cool tolak semua itu dan teguh taat akan segala perintah Allah..
Orang yang imun imannya, apabila dengar Azan akan dapat segara ke Masjid walaupun sakit, sibuk, penat dan sebagainya...
Orang yang imun imannya, apabila datang dakyah yahudi, tidak terkesan untuk memperbaharui strategi dengan menghalalkan bidaah lalu musnah di telah ego perasan betul..
Bila kita tengok sejarah, akan terzahir sifat sahabat yang telah imun imannya sehingga langung tak terkesan dengan ujian dalam bentuk Takhta, Harta, atau Wanita, mereka masih selamba cool tolak semua ujian itu dan teguh berpasak dengan segala perintah Allah..
Ada riwayat mengatakan, sekiranya Shurga dan neraka di zahirkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi dan sudah tidak turun lagi kerana Iman mereka telah mencapai tahap tepu, telah mencapai tahap kesempurnaan pengimunasikan, pendek kata, telah imun iman mereka..
Jadi, persoalananya, bagaimanakah mereka telah berjaya mengimunkan iman mereka?..
(sila jawab sendiri, korangkan pandai..dan perasan pandai)
Berbalik kepada generasi zaman sekarang, terutama anak-anak muda, iman antara mereka sudah banyak yang rosak, hanyut dan ada yang murtad di sini sana, apabila masalah ini di bawa kepada bijak pandai islam maka berbincanglah mereka untuk mengatasi masalah ini, namun sehingga ke hari ini, masalah masih tidak selesai kerana mereka nampaknya belum lagi menemui kaedah vaksinasi yang betul dan berkesan dalam proses mengimunisasikankan iman anak-anak muda zaman haru biru ini...
Errr, mungkin iman mereka pun belum imun?, (aku berburuk sangka, aku sendiripun belum imun iman aku..oh tidak...)
Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku kecewa dengan cara bijak pandai islam dalam menyelesaikan masalah ini.., kaedah yang korang sediakan terhad dan perlu kepada kos,..
Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...
Bila masalah anak muda ni di bincangkan oleh islam politik, kata mereka, untuk selesaikan masalah ini perlu kepada pemimpin islam, untuk dapat pemimpin islam kena ada negara islam, untuk dapat negara islam kena sertai pilihan raya, kena ada wang pertaruhan, kena belanja besar beli bendera tampal poster, kena kutip derma ketika ceramah, kena kempen siang malam.. bla bla bla..
Helloo, Dah lima tahun (50 tahun sebenarnya) tak menang juga, macam mana ni bang?
Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah tinggal, solat kat rumah pun dengan malas, al quran tak beberapa suka nak baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?
Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...
Nak kena buat parti, nak kena ada musuh parti, kan payah tu,.. sekejap!, aku tak kata korang kena stop parti, teruskan apa yang korang rasa betul itu, namun dalam peroses menyelamatkan anak muda dan diri kita ketika ini, dalam proses imun iman, masih perlu pada alternative yang mudah dan betul, bukan dalam bentuk janji apabila menang, kami tak perlukan janji pilihanraya....,
Dan kami tak perlukan huru hara.., The Earth is very dangerous right now, hurry back to Moon!
Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...
Kalau korang buat Rehlah atau kem ibadat dalam hutan, boleh tak makcik dan pakcik ikut? Boleh tak OKU ikut, mereka pun nak tingkatkan iman.., jangan nak tingkatkan iman seorang-seorang jak....,boleh tak?
Itu satu hal, ada jugak bijak pandai yang nak selamatkan anak muda ni buat program yang agak replies, tapi kena belive it.., program ni agak mahal belanja dan agak terhad peluang menikmatinya, dan tak nampak hasil yang di kehendaki dari sudut akhirat, anak muda di suruh ronda malaysia naik motor, atau pergi terjun kat kutub utara , atau kena pergi berenang keliling dunia ke apa, tapi lepas balik kem motovasi ke apa, bagaimana pula hasilnya, sudahkah iman mereka di imunkan?
Kita risau masa mereka yang berharga habis begitu sahaja, dan kita anjur program yang boleh mengharumkan nama negara, itu cerita lain, tapi dari sudut ugama, apa kita nak buat? Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah masih selamba tinggal, solat kat rumah dengan malasnya, al quran memang tak suka baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?
Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...
Cara yang lebih mudah daripada jadi bisnesman, tak payah buat pinjaman MARA, bukak bisnes ke tanam ladang, mohon subsidi itu ini, yang lebih mudah, yang lebih berpeluang untuk di buat oleh semua peringkat umur, pakcik asrto pun boleh joint...
Nak kena masuk sekolah pondok? Kami semua ada kerja, ada anak bini.., nak pergi Azhar, ada antara kami yang buta huruf, buta warna dan buta hati, nak buat camne ni bang?
Kalau yang ada ijazah tapi masing menganggur pula, bimbangkan masa depan mereka, Kerajaan bagi peluang sertai program Skim Latihan Graduan, di bayar RM500.00 sebulan.., semoga mudah dapat kerja lalu mencerahkan hari tua..
Namun, itu bukan masalah utama, kerana hakikat masalah utama anak anak muda kita yang sebenar bukan hanya pada hari tua mereka, tapi adalah masa hari mereka jadi mayat!
Dipetik daripada:Apa itu Imun-Iman?,keretamayat.blogspot.com
No comments:
Post a Comment