Thursday, September 23, 2010

Belajar Ugama dari Blog??

Apa pendapat korang mengenai belajar ugama melalui blog?

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat Taufik dan Hidayat dari Allah.

Apa itu Taufik?

Apa itu Hidayat?

Pemain badminton negara Indonesia ke?(Taufik Hidayat)

Taufik ni adalah "kesedaran" yang Allah datangkan pada kita...Manakala Hidayat pula akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran...

Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam-macam cara,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, sakit, bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, kemalangan,muflis,gagal exam,awek lari, dll...

Tapi korang haya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi,jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang....

Faham tak nie?
Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran....
Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usaha atas kesedaran tu...

Orang yang tak buat usaha atas kesedaran.,lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan...
Maka dia kan kata "Aku pergi  sembahyang di masjid buat apa?Aku bukan nak pahala 27 kali ganda, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh ba..." atau "zaman bila tutup-tutup ni, rimaslah !!!)”.

Maka jadilah percakapan mereka tu percakapan orang-oragngyang jahil(bodoh !) dan sombong.

Satu cerita...Cuba baca dengan penuh penghayatan..

Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yg busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...dalam drama korea tu....

Apa perasaan korang? seram tak? tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu kerja ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi...baru baca "pada satu malam..." dan terketar-ketar...meremang bulu roma,bulu dada, tempurung lutut berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesannya...korang sedar tapi takde kesan,cubalah pergi majlis ugama kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab itulah org alim mintak kita hidupkan bacaan hadith kat masjid.

Jadi tujuan aku menulis dalam blog ini bukanlah nak berdaqwah ke apa sebab ni bukan cara Nabi, korang mungkin dapat kesedaran tapi hidayat akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran korang..., aku cuma menulis apa yang terbuku di dada, aku luahkan ketidakpuasan aku pada orang yang memutarbelitkan ugama. sebab pakar sakit jiwa pernah bercakap kalau tak luahkan apa yang terbuku di hati korang maka korang boleh jadi sakit gila babi tahap kritikal...kan parah tu....

sumber:keretamayat.blogspot.com

2 comments:

  1. salam.. aku nak baca juga penulisan hasil ciptaan sendirian berhad ko... bole bha kan?

    ReplyDelete
  2. bole ba man....tp aq x ada masa........nie...skrng aq byk keja kena wat....kalo nak baca .....ada entry yg mula2 la....

    ReplyDelete

Kekasih Ku