Friday, July 30, 2010

2 TAHUN = 65 TAHUN ???

Mari kita buat kiraan ringkas tentang ibadat solat kita.


Setiap hari solat
Isyak, Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib

    Solat 1 waktu = lebih kurang 10 minit (anggaran kasar)


    Sehari 5 waktu x 10 minit = 50 minit (anggaran kasar 1 jam ibadat solat sehari)


    Maka setahun bersamaan 360 jam jangka masa kita solat.


    Katakanlah purata usia seseorang 65 tahun.


    65 tahun x 360 jam = 23400 jam ibadat solat dalam tempoh 65 tahun.




Mari kita teruskan mengira.


     23400 jam bersamaan 2.7 tahun (2 tahun setengah).


     Kiraan ini termasuk waktu sebelum baligh iaitu dari umur 1 tahun hingga 15 tahun.


     Kalau tolak 15 tahun sebelum baligh tinggal 50 tahun bukan.?


     50 tahun = 18000 jam ibadat solat yang kita lakukan 5 waktu sehari.


     Jadi selama 50 tahun hidup, keseluruhan ibadat solat yang kita lakukan ialah 2 tahun.(itupun kalau jaga solat).


     Jadi renungkanlah perkara ini...


     Dalam masa 2 tahun tu berapa detikkah, kita khusyuk dalam SOLAT kita.


     Dan yang paling penting,dalam masa 2 tahun itu,


     Adakah solat kita di terima oleh Allah S.W.T.

     Jika tidak,adakah saya dan awak layak untuk masuk syurgaNYA...


p/s:Ambil masa untuk fikirkan tentangnya....selagi masa itu masih ada.
    
     

Monday, July 26, 2010

Nilai Kasih Seorang Ibu


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping­ kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-lega­r si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan 10 hari - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5)Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangk­an Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada muka surat yang ditulisnya.

Diriwayat­kan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,”Wahai Rasul­ullah, siapakah yang paling berhak mendapat­ layanan baik dariku? “Rasulullah menjawab,”Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terde­katmu.”

P/s:sayang ibu tak.......apa buktinya....???

Sunday, July 18, 2010

Di Sini Ada Satu Cerita Cinta Yg Indah

Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."


Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan  kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir menganagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu?

Friday, July 16, 2010

Hero-Hero Yg Tak Kan Luput Di Telan Zaman

superhero automotif yg ganteng

Sedar tak sedar......
Dah setahun aku study di UMP
pahit ada...
manis pun ada.....
tapi pahit lagi banyak kot....
banyak pengalaman aku timba...
macam timba air dalam perigi....
banyak ilmu aku gali
eh....macam gali perigi pula....
tapi tidak ada satu awek pun dapat...
woha...ho
susah senang sama dgn superhero di atas tu....
lebih-lebih lagi bila buat assigment.....
bila study group masa study week
suka betul buat last second....
hehehehe...
biasa la orang bujang la katakan......
makan minum belum terurus.....
pakaian pun masih cuci sendiri....
woha....hu
tapi kita semua macam 1 keluarga
bukan 1 malaysia tau...
macam adik beradik..
walaupun kadang-kadang macam anjing dan kucing....
tapi kasih sayang tu ada...
walaupun selalu tidak sependapat...... 
tapi selalu satu hati
woha...ha
walaupun geng kita semua lelaki.....
tapi nie la yg paling baik untuk kita....
jauh dari perempuan...
sebab perempuan tu fitnah terbesar buat lelaki
walaupun nampak macam gersang....
sbb semua keris nie...
sarungnya tidak ada..
tapi semua ada sudakan...
hehehehehe
walaupun semua lelaki 
tapi semua ada impian masing-masing
betulkan...
semua nak jadi
SUPERHERO SEPANJANG ZAMAN
SUPERHERO FKM
YANG TAK LUPUT DI TELAN ZAMAN

p/s:cuba teka gambar siapa yg tidak ada kat atas tu......

Kekasih Ku