Disebuah pusat pengajian atau lebih tepat lagi di sebuah kolej matrikulasi.Satu perhimpunan telah dibuat dengan lebih mudah targhib student.Penceramahnya salah seorang dari jemaah 40 hari dari Sri Petaling.Lepas maghrib student dikumpulkan di satu sudut,sudut yang agak kondusif suasananya dan selesa tempatnya.
Setelah beberapa minit penceramah pun datang.Orangnya kecik saja,tak la tua sangat,pakai jubah putih dan berkain pelikat.Pernah jumpa dia sekali di Sri Petaling tapi segan nak tegur.Dia pun mula bagi fikir tentang iman...
"Iman itu penting,tapi usaha atas iman itu lagi penting!!Dunia ni sementara sahaja,suatu hari nanti kita pasti akan tinggalkan dan perkara yang kita akan bawa jumpa Allah s.w.t adalah iman dan amal.DEGREE,MASTER ataupun PHD yang awak ada,pasti dan pasti akan kita tinggalkan.Satu orang dia telah study sungguh-sungguh siang dan malam sehinggalah dia dapat pengiktirafan PHD,bila mana dia lintas satu jalan,dia telah dilanggar oleh sebuah lori dan dia pun mati,maka dia adalah orang yang rugi sebab dunia tak dapat akhirat lagi tak dapat.Sedihkan!!!"
Lepas tu,dia bagi fikir pentingnya buat usaha agama nie....
"Pelajar muslim tak sama dgn pelajar non muslim.Pelajar muslim kena buat usaha agama ,kena buat usaha atas iman,sbb kita yakin dgn kehidupan akhirat yang kekal abadi.Orang non muslim,mereka belajar rajin-rajin,sunnguh-sungguh,study giler-giler samapi tak ingat dunia sebab mereka hanya kejar dunia dan pangkat saja,mereka hanya fikir macam mana nak jadi kaya macam mana nak hidup senang.Jadi,satu org islam yang belajar tetapi tak buat usaha atas iman maka matlamatnya belajar adalah sama dgn pelajar non muslim!!"
Akhir sekali,dia bagi tahu.....
"Siapa bantu agama Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan bantu dia,segala masalah datang dari Allah dan penyelesaian kepada masalah pun datang dari Allah,maka bila kita bantu agama Allah maka Allah akan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita."
Disinilah program tu dibuat 3 thn lalu di Masjid Al-Irfan |
P/s:Buat yang mengenali ku, terutama sahabat sejatiku,namaku telah ku tukar kepada ABDUL JABBAR.Jadi sekarang panggil guna nama nie saja ...ok.Nama yang dulu tu biar la dalam kenangan...hehehe.Semoga orangnya dapat jadi segagah maksud namaya...perggh.Tapi jgn bagi tau mak aku,nanti bising pula dia,tak bagi tau lagi...sbb nama tu maulana saad yang bagi...huhuhu
P/s:Tutup majlis dengan tasbih kifarah...