Sunday, December 25, 2011

Mengembara dijalan Allah...Part 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Nie kemungkinan entry terakhir untuk tahun 2011....
Selepas nie,sibuk banyak sebab nak buat persiapan untuk final exam..


Nie dia jadual final exam....
Memang sibuk...5 subjek killer,semua calculation,4 subjek 3 jam kredit dan 1 subjek 2 jam kredit....huhuhu...

So,doa karo....semoga Allah permudahkan untuk jawab soalan exam....insyallah...

Masa aku keluar dekat india dulu...
Second tasykil di Sikandrabad....
Tidak la jauh sangat dari Nizammuddin,dalam 2 ke 3 jam la,lebih kurang....
Jemaah kami ada 10 orang semuanya,dari negara yang berbeza-beza....hehehe
Masa tu keluar dengan :
1.2 orang maulana dari south africa dorang nie hafiz al-quran dan alim,keluar 1 tahun,dorang memang korban tinggi...
2.1 orang dari thailand nie pula,hafiz al-quran...hehehe
3.1 orang dari myammar nie pun hafiz al-quran juga
4.2 orang india,1 orang adalah hafiz al-quran juga...

5.dan 4 orang lagi adalah orang Malaysia yang hafiz al-quran juga,tapi hafiz 10 surah yang terakhir saja la...huhuhu....termasuk la saya...woha

alhamdulillah....banyak belajar dr 5 orang hafiz al-quran nie....banyak sebutan yang salah sebelum nie dapat diperbaiki...walaupun tidak banyak tapi adalah sedikit....terbelit-belit lidah nak sebut....woha.Tu la masa kecik-kecik dulu,mak suruh pergi mengaji,lari mandi sungai,kan sekarang dah lidah terbelit...nasib baik tak tersimbul...huhuhu...

2 orang maulana tu,tasykil untuk belajar hafiz kat South Africa.dia cakap kat sana ramai orang malaysia belajar hafiz dan alim...kami cakap insyallah,azam......lemahnya iman...

2 orang maulana nie belum kahwin lagi,so saya bagitau pada salah seorang dari maulana tu....maulana saad cakap umur yang paling sesuai untuk kahwin ialah umur 25 tahun,so maulana bila nak kahwin,skrng umur dah 28?

dan dia cakap,insyallah...lepas tangguh nanti saya kahwin!! dan kamu bila pula? dia cakap pada saya.....

dan saya cakap....insyallah,nak cari hafizah atau alimah dulu,yang bole ajar saya mengaji?woha....(ada ka juga yang nak...)

lepas tu,dia cakap bagus la macam tu.....tapi hafizah atau alimah bukan maksud,yang penting awak kena cari yang dapat bantu sempurnakan iman awak dan bantu awak dalam usaha agama,serta dapat jadi penyejuk mata dan buah hati awak!(tapi dia cakap dalam english la)...woha3x

bila dengar,maulana cakap,hahaha.......semangat nak kahwin pun meningkat-ningkat(gurau saja la)!!!

P/s:keluarlah dijalan Allah,dan insyallah....Allah akan bagi ilmu dan hikmah yang awak takkan dapat dekat mana-mana universiti ataupun sekolah.....hehehe





Friday, December 16, 2011

Mengembara dijalan Allah...

Malam sabtu....
Cuti dari segala benda kaitan dengan buku-buku yang memeningkan kepala....
Ingin membuang segala kekusutan dalam fikiran....
Fikiran yang disalah guna....
Fikir tentang masalah dunia yang tak pernah putus...
Dunia...dunia..dunia.....
hanya sementara dan penuh tipu daya...

Malam ini...terdetik dihati nak tulis entry baru....woha..

Cuti yang lalu..
Alhamdulillah...
Allah telah pilih hamba yg hina dan daif nie..untuk keluar mengembara di jalan Allah...
Masyallah...
Tak pernah ku sangka dalam hidup ini dapat juga sampai ke bumi India dan Bangladesh.....
Bumi yang telah di islamkan oleh Muhammad Bin Qassim,pemuda dari Taif...
Memang tak sangka....

Bumi yang penuh mujahadah dan pengorbanan....
Mula.-mula sampai di India....
syukur sangat-sangat...
tidak tahu apa kebaikan yang telah saya buat singgah Allah pergi sana...
belajar-belajar bermujahadah di negeri orang...
hati rasa bersyukur sangat sebab dapat lahir di Malaysia...
orang India hidup penuh mujahadah dan susah payah....
mereka sibuk sangat....
pagi petang siang malam...
sibuk....nak cari sesuap rezki untuk keluarga....
walaubagaimana sibuk pun,bila dengar azan berkumandang...maka berbondong-bondong orang datang masjid...
yang tua atau muda,yang miskin dan kaya
semua datang untuk solat jemaah...
masjid kecil atau besar,semuanya penuh....

tapi terus terang aku katakan...
walaupun mereka hidup susah tapi bila jemaah datang masjid dorang...
maka mereka akan layan anda seperti raja.....
paling rasa terharu bila dia panggil jemaah datang rumah dorang untuk makan tengahhari.masa tu musim panas ,so jemaah makan sambil berpeluh-peluh.bila dia nampak jemaah kami kepanasan maka dia suruh anak dia kipaskan kami,sbb rumah dia tidak ada kipas....
masa tu rasa segan giler,mereka layan kita macam kita nie dah lama kenal....
macam nak nangis pun ada,macam nak berhenti makan pun ada...
mereka yang bagi makan....
mereka tak bagi cuci talam....
mereka kata "awak datang masjid saya bawa rahmat,jadi saya kena muliakan awak....."
biar anak-anak mereka kelaparan...
asal jemaah kekenyangan....
terharu sangat....
saya tak dapat nak contohi sifat ikram meraka,
saya tak dapat nak tiru-tiru sifat memuliakan tetamu mereka....
patutlah Allah S.W.T telah ambil mereka buat kerja ini....

lagi terkejut....
bila sampai satu tempat di bangladesh iaitu di chanpur....
tengok semua masturat pakai serbah hitam dan berpurdah....
memang nampak suasana agama di sana....
memang susah nak nampak masturat pakai t-shirt sambil pakai jeans yang ketat....
compare to our country,memang beza sangat tau...
tak dapat la nak ushar awek bangla....adeii
memang tak dapatlah nak cuci mata.....
memang respect giler dengan dorang....
dekat Malaysia memang tak jumpa tempat macam nie.....
sampailah aku terfikir,adakah tempat macam ini di Malaysia?
bilalah Malaysia jadi macam ini?
walaupun mereka susah tapi mereka dapat amal agama...
kita walaupun hidup senang....
tapi engkar dengan nikmat Allah....
kufur dengan nikmat Allah....
Takut-takut nanti Allah tarik nikmat ini.....
baru padan muka.....kita


Kesimpulannya,
bila ada jemaah datang pergi kampung awak,maka nusrah sebaik-baiknya....
bagilah masa semaksimum mungkin untuk mereka,sebab mereka datang untuk bantu awak buat kerja di morhala awak.mereka datang bukan buat kerja tau,tapi datang nak bantu awak buat kerja.....


P/s:Saya cakap may be awak tak rasa...tapi bila awak pergi sendiri,tengok dengan biji mata awak sendiri,baru awak tau.....kemanisan berada dijalan Allah.jadi semua azam 4 bulan tiap tahun.insyallah....






Wednesday, December 14, 2011

Loser part 2

Why always loser with time?


Masa itu bukan emas,sebab masa tidak boleh dijual beli.Siapa yang cakap masa itu emas,memang selalu ponteng kelas bahasa melayu masa darjah satu.


Saidina Ali kata masa itu ibarat pedang.kalau kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong mu.
Nampak gayanya,aku telah dipotong oleh masa.Adei,walaupun rasa tak sakit dipotong oleh masa,tapi rasa tertekan dan stress naik dr kaki sampai ke kepala.


Assignment bertimbun-timbun,test pula datang tanpa bagi warning,dan presentation pula makin menghampiri.Inilah kesannya bila anda telah dipotong oleh masa.


Pelbagai penyelesaian telah dirancang untuk menewaskan masa tapi tak menjadi,ternyata masa lagi licik dr yang aku sangka.Salah satunya ialah dengan melajukan jam di handphone aku selama 10 minit,cara nie macam berjaya tapi sayang menemui jalan buntu.Aku tewas juga pada masa...


Membuat time table,tu lagi satu hal.....
Halnya ialah sebab tidak bole nak disiplin dgn time table tu.....apa da...


Orang yang genius adalah orang yang bijak mengurus masanya.So,orang yang tak genius salah satu sebabnya sebab awak suka buang masa...


Mengikut kajian dan servay yang aku buat di universiti ku.Aku dapati pelajar universiti,memang suka buat kerja last minute....memang dah trend dan gaya hidup kebanyakan pelajar universiti,bukan semua tapi kebanyakannya...ok.Kenapa taknya....study bila esok ada test,buat assignmet bila esok nak hantar,buat slide presentation bila esok nak present...memang teruk.Dan kesannya sampai terjangkit kat penulis blog nie...memang teruk la wabak nie.Biasalah iman suasana...Alasan tak mudah sabahkan...


Sebagai peringatan kepada yang membawa penyakit nie...jangan sebarkan penyakit anda kepada orang lain...cukuplah anda yang susah dan menyusahkan orang lain jangan jadi ejen menyusahkan orang pula....hehehe.Dan siapa yang melihat orang seperti ini,maka datanglah dekat kepadanya dan bagilah nasihat dan bimbing la tangannya(kalau sama jantinlah) kerana oarang ini perlukan bimbingan...woha


Akhir kalam dari saya.....opps...sebelum terlupa cara yg terbaru...nie cara En.Hamka Kereta Mayat,dia syor bacalah surat khabar yg semalam,anda akan rasa muda 1 hari...dan anda telah kalahkan masa selama 1 hari...


Akhir kata....lepas nie dah tak nak jadi LOSER...Insyallah.....saya tak keseorangan....sebab Allah kan ada....


~End Transmission~





Kekasih Ku