Dunia ini sementara....
Akhirat selamanya....
Ustaz Ibnu Batoota bagi tahu....
"Tiada ada satu ulama pun dari 4 mazhab yang menghalalkan perempuan bersafar pergi ke universiti/program islamik/kerja/usrah yang jauh-jauh yang melebihi jarak safar (90KM) tanpa mahram..."
"Perempuan yang bersafar tanpa mahram akan kena laknat oleh seluruh warga langit sehinggalah mereka kembali kepada mahram mereka"
P/s:Moga Allah Kasih...
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)
Sunday, March 17, 2013
Sunday, March 3, 2013
Can't take my eye off of you....
You're just to good to be true.....
Can't take my eye off of you....
Pardon the way that I stare....
There's nothing else to compare....
The sight of you makes me weak....
There are no words left to speak....
But if you feel like i feel.....
Please let me know that it's real....
You,re just to good to be true....
P/s:Jaga mata,jaga iman,jaga amal....hang nak keluar 4B nie,jangan tertipu dengan mainan tidur..Cis!!
P/s:Doa untuk aku,yang lemah nie...
Monday, February 25, 2013
#Dua:Wanita dan Fitnah
Wanita fitnah terbesar buat lelaki
Tak kiralah..
tutup aurat ataupun tidak
pakai jubah ataupun tidak
pakai purdah ataupun tidak
pakai serbah hitam ataupun warna-warni
bila mana dia keluar rumah...
tanpa mahram...
banyak fitnah akan tersebar...
Mata lelaki
Liar dan bahaya sangat
semua benda kalau bole nak dilihat
tak kiralah..
tutup aurat ataupun tidak
pakai jubah ataupun tidak
pakai purdah ataupun tidak
pakai serbah hitam ataupun warna-warni
pantang nampak wanita
semua nak dilihat
semua nak dinilai
Cis!!!
Patutlah tidak dapat kemanisan dalam ibadat
rupanya mata tak jaga...
P/s:Bila banyak wanita keluar rumah,maka lelaki kena duduk rumah untuk selamatkan iman.Zaman dah berubah,teruna kena duduk rumah untuk jaga iman...Cis!!
Thursday, February 21, 2013
#Satu:Masalah
Setiap orang ada masalah
Masalah Allah yang bagi
Penyelesaian pada masalah pun Allah yang bagi
Minta pada Allah
Haraf pada Allah
Jangan haraf dan minta pada makhluk..
#Kita tidak boleh lari dari masalah.tapi kena hadapi masalah dengan ikut kehendak Allah cara Rasulullah.
P/s: Saya benci pada masalah,lelebih masalah dunia dan hati
Wednesday, January 16, 2013
10 hari di FELDA Keratong....(Part 1)
Dimulakan dengan sedikit muzakarah iman
Allah Maha Hebat
Maha Kuasa...
Maha Agung....
Kalau Allah s.w.t jadikan malam sampai hari kiamat, ada tak satu kerajaan atau kuasa yang boleh jadikan siang.....
Kalau Allah s.w.t jadikan siang sampai hari kiamat, ada tak satu kerajaan atau kuasa yang boleh jadikan malam.....
Ada tak yang bole buat???
Cuti Semester
Bila cuti semester,ada takazah yg perlu disambut,bila cuti 30 hari maka 10 hari untuk keluar dijalan Allah s.w.t.Masa nak keluar macam-macam halangan,hati berbolak balik rasa meronta-ronta tidak mahu keluar.Tapi bila Allah s.w.t dah pilih maka dah tak satu kuasa yg boleh halang?
Keluar seramai 9 org pelajar:
2 org student UIA
5 org stuent UMP
1 budak madrasah
1 member satu mohala
Start: 5hb till 16hb January 2013
Bila tengok jemaah semua student rasa LEMAH dan SEDIH gak la dan amir shaf pun student gak la jadinya.Amir shaf student UIA,orgnya agak hensem pelajar tahun 2 kos biomedik, badan katang dan yang penting dia caring pada jemaah.Manalah org awam nie,tidak nak bawa student but rupanya ada hikmah semua perkara tu....WOHA2x...
Route
1. Keratong 8
2.Keratong 2
3.Bandar Tun Abdul Razak
Route pertama,Masjid Keratong Lapan.Yang datang solat semuanya golongan veteran, semua pakcik - pakcik, anak-anak muda entah ke mana semua sibuk sambut TAKAZAH agama kot(sangka baik),sedih gak bila tengok,sunyi je masjid tu.Dah la jauh dari rumah-rumah penduduk kampung.Hari kedua, kat masjid tu ustaz buat kelas tajwid, yang sedihnya yang duduk cuma jemaah kami...adei...orang kampung satu orang pun tidak duduk,ustaz tu sedih giler kot.....memang sedih bila ustaz nak mengajar tapi org tidak nak duduk.
Di masjid ini jemaah kami telah di uji bermacam- macam oleh orang kampung.Ada yang baling dengan buah cempedak,rambutan dan tidak kurang juga yang baling kita orang dengan buah kedondong.Sampai tak dapat nak habis kan semuanya. Ohhh tidak.....Maaf dan ampunkan kami Ya Allah yang banyak makan dan minum...adei...Memang payah dan mujahadah buat usaha agama di zaman ini.
Route kedua,Masjid Keratong 2.Kat masjid nie, first day nak kena bantai oleh seorang pak cik. Lepas je bayan ta'aruf,pak cik tu pergi jumpa kat jemaah aku yg bagi bayan ta'aruf dan dia nak muzakkarah pasal NEGARA ISLAMIAH....WOHA2x.Masjid nie pun sama gak, semua org tua jak yang datang org mudah entah ke mana.Aku pun pelik hairan dan ajaib dengan apa yang berlaku.Ujian di sini tidak kurang hebatnya,kami di uji dengan ajakan kenduri-kendara yang pertali arus dan tidak putus-putus.Hampir tiap hari ada je kenduri, sampai jemaah 3 hari tidak masak,korban pun RM 1.00 je.
Route terakhir,Surau Bandar Tun Abdul Razak.Amal kat surau nie tiada langsung,sedih sangat.Dulu hidup 5 amal but bila fikirman dia pindah,makin lama berkurang dan terus hilang.Dekat dgn pekan Keratong memang hidayat sikit la, tidak dapat nak jaga mata. Ramai jak awek yg jalan-jalan,penuh dugaan dan cabaran terutama buat jejaka bujang seperti kami.Kat sini pun,kami kena baling dgn rambutan dan manggis, adei moga Allah ampun dosa....Bila banyakan makan maka makin banyak la tido.Masa untuk door to door pun kurang sbb masa tido to tido bertambah.Hidayat seluruh alam...
Rasanya untuk Part 1 hanya nie saja la,next Parts more adventure and sempoi...Woha
P/s: Serius masa yang paling best sekali aku rasa,bila keluar dijalan Allah,semua masalah dunia aku macam hilang untuk seketika.Walaupun masa nak pergi rasa berat sangat,tapi bila dah keluar rasa macam tidak nak balik.WOHA2x.....
Subscribe to:
Posts (Atom)