Sedihnya, pagi ni ziarah dalam pukul 7.30 pagi.
Jumpa 2 anak muda. Sedang menunggu kenderaan untuk pergi kerja. Seorang darinya jelas besar tatu ditangannya. Umurnya mungkin dalam 20 tahun.
Cerita iman dan kebesaran Allah. Allah suka orang yang ingat memperingati. Kita mulakan pagi kita dengan bercakap keagungan Allah. Allah yang buat segalanya. Bila kita merasai kebesaran Allah. Semuanya jadi mudah untuk kita.
Anak muda tadi sangat gembira kerana setelah bertahun kerja di kl, ini nasihat pertama dia dapat dengar. Katanya rindu nak dengar kebaikan. Wajahnya malu dan dia sorok tangannya yang bertatu..
Jawab saya, Allah dengar dan maha mengetahui kerinduan itu. Allah sayang adik. Bahagia hanya dengar nama Allah...bagaimana jika kita bawa kebesaran Allah dalam hati kita.
Hidup kita macam layang-layang. Tinggi mana pun kita terbang, kita ada batasannya dan memerlukan tali tadi. Tanpa tali kita hanya akan menjadi sampah, tersangkut atas atap atau hanyut oleh hujan.
Begitulah dalam kesibukan kita, kita terbang tinggi pun kerana Allah tinggikan kita. ALLAH beri rezeki, dalam sibuk kita perlu sentiasa jaga perintah Allah. Kita ada tali. Yakni kehidupan Nabi saw. Solat awal waktu.
Ramai orang baik dan dahagakan agama. Zaman Umar ra, hanya seorang tidak datang solat subuh. Umar terus ziarah lepas subuh ke rumah beliau.
Hari ini ramai orang pergi kerja, makan minum, makan rezeki Allah beri. Tapi masih belum sujud pada Allah. Sudah lama tidak dengar langsung nasihat agama.
Ya Allah berilah hidayat kepada adik itu. Dia sangat baik. Semoga dia istiqamah menjaga agama ini.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew