Sunday, March 21, 2010

Bidadari Di Manakah Di Kau


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis
dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh
yang tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis
sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego
seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg paling gah bahkan
lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun.
Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp
senjata."


Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya?
Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.
Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai
para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba
yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga
pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg
menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan
pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana
disitulah kehormatannya. sesungguhnya para
wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka
tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yg suci.
Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih
tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau
ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih tidak puas hati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna.
Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni
jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap
insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan
al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu,
indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana
al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka
merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka
sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup
menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri
mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu-garu kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini?
Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH
merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya
sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan
wanita-wanita yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka,
dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg
bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp
perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah
dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg
toleh itu... kerana dlm hati-hati mereka, tetap ada satu
permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana
fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan.
Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali
pd jalan yg mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu
cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud
menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu
maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia
adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua
perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah
kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak
menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis
panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana
dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah
mengetahui apakah sebaik-sebaiknya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi
sayang... golongan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat
mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai-pandailah dikau menilai... antara permata dan debu-debu
kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg
tidak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran
ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di
puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal
itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan
begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu
tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg
berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar-benar hebat sahaja
bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia...
asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya
dipetik di taman dunia kita? Tp lebih bermakna bila
ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk
memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal
yg besar dengan buah-buah epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir
buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya
dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh
tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu
kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari
berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Kekasih Ku