Monday, April 26, 2010

PESANAN DARI SEORANG KUMBANG JANTAN KEPADA BUNGA PILIHANNYA


Ratuku..
Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga keguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

Ratuku
kebimbanganku ini
masih menebal
apabila kudengar
dengungan kumbang-kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu

Ratuku
kebimbanganku ini bertambah lagi
bila ku melihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikkannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
aku terpinga-pinga
wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang kulihat
hari ini
semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan
tibanya
musim luruh

Ratuku
bukanlah kuharap
kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari
antara sofa dan marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukan Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'shah
bukan juga Rabiatul Adawiyyah
wanita suci terpuji
kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati ointu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
dapat kembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan
ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu

Ratuku
aku bukanlah memandang kecantikkanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik
memandangnya

Tapi
bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum lega
kerana akan ku temui
ratu yang benar-benar Ratu

Sunday, April 25, 2010

Pendakwah Moden yang Perasan Baik dan Bagus.........

Selesakah korang berdakwah dengan email, SMS, lagu ,blog, komik, parti, teater, CD, kaset, buku, majalah, akhbar,FB dan sebagainya.....
Selesakah korang?

Selesakah korang berdakwah tidak dengan CARA nabi SAW?

Bagaimana Nabi berdakwah?

Huh!
Korang jawablah sendiri, korang kan pendakwah bebas?

********

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, Kitab Al-Quran tak ada, tak ada sahabat pun yang jual kitab Al quran, kitab- kitab tasawuf, kitab ehsan, kitab sifat 20  pun takde, apatah lagi email, sms, blog, dan media masa!!

Namun hari hari ada orang masuk islam, berbondong-bondong pula tu..,
Dia orang baca sms dan dapat hidayat?
Atau baca blog dapat hidayat? Ke mereka dengar nashid dan dapat hidayat? Ke apa-apa saja la?

Senang kalau korang pendakwah semua nak tahu cerita sebenar, walaupun zaman Nabi SAW tiada Al quran yang di bukukan sekalipun, tapi Nabi telah mendidik para sahabat RA ,pakat pakat amal ugama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’
Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul....

Semua sahabat berdakwah dengan bergerak jumpa manusia dari pintu ke pintu, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah... dan sahabat telah bawa sifat yang sempurna dalam diri sehingga mereka menjadi asbab hidayat seluruh alam.....bukan sahabat guna FB atau blog atau apa-apa saja la.....yang seumpamanya

Kemudian jika ada orang baru masuk islam maka Nabi SAW akan hantar mereka belajar ugama di rumah para sahabat Nabi SAW.. ..kerana di rumah sahabat Nabi ada suasana dakwah dan akhlak, bila orang baru di bawa di kedai orang islam pun ada suasana dakwah dan akhlak, yang mana akhirnya membawa kesan kepada dunia dan berbodong bonding lah manusia masuk ugama islam kerana semua sahabat adalah PENDAKWAH yang sebenar......bukan macam KITA......

Dan kita tahu bahawa kubur sahabat RA telah bertebaran serata alam, hanya ada 10 ribu lebih kurang kubur sahabat di sekitar madinah dan mekah, lagi seratus dua puluh ribu lagi kubur sahabat adalah di luar Madinah dan Mekah.....bagaimanakah cara sahabat berdakwah yang mana ribu ribu orang masuk islam? Korang boleh jawab sendiri.. sebagai pendakwah bebas  mestilah tahu bukan?

Tapi korang hari ni mengaku berdakwah.., sedangkan ribu ribu orang sedang murtad dan muncul ahli bidaah (termasuk korang sendiri) dan orang kapir sikit pun tak takut baca email, SMS, lirik lagu ,blog, komik, majalah, kain rentang, sepanduk, akhbar ,FB dan sebagainya…

Betul ke korang sedang berdakwah, atau sedang shok sendiri???

Dulu, usaha sahabat sangat makbul, kerana dalam usaha dakwah mereka dua benda telah mengalir dengan banyaknya.., iaitu 
darah dan air mata, tapi korang hari ni berdakwah melalui blog serta seumpamanya dan kejadahnya, ada air mata atau darah mengalir? Berpeluh pun kira ok  la kot.Itu pun kalau ada... isk... isk... isk....

Baca komik, blog, main SMS, dengar lagu, tengok CD, semuanya NAFSU suka,layan FB…, lalu korang selit Al quran dan hadith dan claim diri sebagai pendakwah agung serta rasa selesa dan gerenti masuk shurga? Wah ...wah.... wah...., meriahnya hidup..

Ok, relaks, jangan marah, pendakwah tak mudah marah bukan?
Pendakwah kena sabar  mcm Rasulullah....betulkan!!
**********

Maka nasihatku kepada pendakwah sekalian, jika korang nak menulis mengenai ugama, atau nak menyanyi lagu ugama, forward rencama ugama, berlakon watak islamic dalam filem islam ke apa dan sebagainya.., tak payahlah korang claim diri sebagai
PENDAKWAH AGUNG.., buat kerana ummat kononnya, sedangkan perkara yang HAK telah di tinggalkan..

(Aku pesan jugak untuk diri sendiri. ..isk ...isk.. isk..)

Dan bagi mereka yang ghairah belajar ugama, buka  kitab, belek kitab, buka  kelas, berdebat, berforum dan lain lain.., pun tak payah korang claim diri sebagai 
PENDAKWAH AGUNG.., kerana perkara yang sebenar dan HAK telah di  YATIM kan

Nak buat camne? Dah korang taksub sangat dengan kerja bidaah korang yang baru.., apa lagi nak di kata? tapi jangan korang lupa dengan SUNNAH Nabi SAW… tak salah kahwin dua tapi jangan sampai  abai bini pertama..

Akhir sekali....

Dah lepas berdakwah dengan cara yang bidaah tu, maka korang kenalah bertaubat.., Nabi ajar lepas buat benda baik macam solat dan dakwah masih kena beristigfar dan bertaubat kerana takut kepada Allah lantaran banyak HAK dakwah dan HAK ibadat di abaikan..

Maka korang yang berdakwah melalui blog,FB, email, sms, parti, VCD dan sebagainya lagi lagilah kena BERTAUBAT!!!

Patut lepas korang bernashid, tulis blog, hantar email, buat drama islamic dan sebagainya maka korang kena bertaubat kepada Allah..

"Ya Allah, aku mintak ampun kerana berdakwah bukan dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi SAW, berilah kekuatan untuk aku berdakwah sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh kekasihMU..., Janganlah aku di halau oleh Nabi di telaga kausar kelak kerana menolak sunnah Nabi MU, berilah aku iman dan berilah aku kemanisan iman..Amin.."

Akhir kata:
Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini.. Berbondong bondong orang islam sedang murtad..,

Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini..
Pembaharuan dalam ugama, ajaran sesat, gerakan so call islamic dan sebagainya sedang berleluasa..,

Bertaubatlah wahai pendakwah moden sekalian kerana pada waktu dan ketika ini..
BERTAUBATLAH,sebelum kau menjadi mayat.............
Rujukan: Bagaimana Menjadi Pendakwah, keretamayat.blogspot.com



Saturday, April 24, 2010

Study Last Second.......Mantap Jo...

Lama tidak tulis entry,
hehehe.......
mungkin sebab sibuk,
biasa la,
sibuk dengan study,
sampai tidak ada masa nak tulis entry,

sebab last minute punya studi,
mcm-mcm perkara berlaku,
sakit hati pun ada,
stress pun ada,
sakit mata pun ada,
sakit jiwa ada juga,
tp nasib baik tidak jadi gila,
sbb study last minute,
pergghh.....
tak terkata peritnya,
sampai ke tulang sum-sum pedihnya,
jawab exam pun pening,
tekanan jawab exam,
sampai terbawa-bawa dalam mimpi,
nasib tidak mimpi basah,
kalau tidak mandi wajib la jawabnya,
suda la bangun lambat,
exam datang lambat,
solat subuh lg lambat,
sbb study last saat,
dalam perjalanan pg dewan exam pun
sempat lg......
selak buku,
sempat lg wat kira-kira,
sempat lg hafal formula,
sempat lg buat TOYOL,
pergghh......
tekanan jo....
hari-hari tidur lewat.....
hari-hari bangun lambat....
hari-hari mandi lambat....
hari-hari makan lambat,
sbb apa?
sbb study last second,
itu la org melayu...
suka bertangguh dan menangguh...
tp saya bangga jadi org melayu,
walaupun melayu selalu study last saat........
pergghh.....terbaik jo...study last saat
mantap.....

Kekasih Ku