Just think a few second like Rasulullah S.A.W |
Nabi fikir bagaiman semua orang dapat masuk syurga dan selamat dari azab api neraka, Nabi sedih lihat mayat yahudi kerana baginda faham nasib mereka.
Ada juga Nabi Muhammad S.A.W berfikir untuk membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah kerana lebih suka solat di rumah.
Pendek kata, kita kena belajar fikir macam nabi, jadikan apa yang Nabi risaukan sebagai perkara yang sama kita risaukan. (saya juga sedang belajar)
Sahabat-sahabat R.A berjaya kerana mereka telah berjaya ikut sunnah 100%, mereka telah berfikir sebagaimana Nabi berfikir.
Moga kita semua dapat wujudkan fikir risau dalam diri,fikir macam mana...
1. semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu (solat jemaah adalah sunnah Nabi),
2. semua wanita tutup aurat sempurna,
3. semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa,
4. semua isteri taat perintah suami,
5. semua perempuan solat awal waktu,
6. wujud suasana ugama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah,
7. fikir bagaimana bayi yang paling akhir zamanpun dapat mati dalam islam.
p/s:bukannya fikir macam mana nak cepat kaya,bukan fikir macam mana nak USHAR budak 1st year, bukan juga fikir nak ponteng kuliah,bukan juga fikir macam mana nak tiru dalam exam.....hehehe(nie pesanan untuk aku dan siapa yg terasa saja..ok)
No comments:
Post a Comment