Friday, January 28, 2011

Sahabat….dulu,kini dan selamanya???

Semua orang ada sahabat,

ada yang handsome dan ada yang hodoh,

ada yang kaya dan ada yang miskin,

ada yang pandai dan ada yang kurang pandai,

ada yang rajin dan ada yang malas,

ada yang menyenangkan ada yang menyusahkan,

itu semua adalah normal bagi anda,

dan itu semua tidak penting…..

sebab yang penting bukan apa sumbangan sahabat anda pada awak,

tapi yang penting apa sumbangan anda pada sahabat anda…….

Satu pertanyaan telah timbul di sini???Sejauh manakah anda sayang pada sahabat anda???

Adakah sejauh kasih sayang naruto kepada sasuke?

Atau kasih sayang doraemon kepada nobita?

Ataupun lebih muda lagi kasih sayang hang jebat kepada hang tuah?

Atau kasih sayang Rasullah s.a.w kepada sahabat r.a?

Tu awak fikir la sendiri….

KML

Sahabat ku dulu,amat ku rindui….mungkin sebab lama tidak jumpa.Bila dah masuk universiti,universiti yang berbeza-beza,jadi hubungan pun makin longgar seperti longgarnya seluar dalam yang getahnya telah putus.Kalau la di dunia nie ada dragon ball.Akan ku kumpul ketujuh-tujuh biji dan ku seru dragon ball dan minta agar dapat bertemu kalian semua….

Sebab kalian la aku jadi yang sekarang nie…..makin baik dari yang dulu…terima kasih geng kerna telah menyambungkan wayar yang telah putus pada otak ku.Jasamu ku kenang sampai bila-bila….forever dan ever….

UMP

Sahabat ku sekarang,terbaik dari ladang….still happy dan rushing bila buat assignment…4 sem suda,but still same,tu yang lain dari yang lain...bayangkanlah kerja 1 bulan tapi 1 malam bole buat,aku respect geng…..kalau anda berani cuba la buat….suka main futsal ramai-ramai,volleyball ramai-ramai,pergi pantai ramai-ramai….tak jumpa kat fakulti lain…hanya ada di Section M01 dan M02.Itu yang aku sayang sangat kat section nie….section yang relax dan simple…Satu saja harapan ku,ku ingin kita semua konvo sama-sama….bolekan..woha….

Bila ada orang tanya,sayang sahabat awak tak?

Maka saya akan jawab sayang….sayang macam garam dalam masakan…..tidak terlalu lebih sampai terlalu masin ataupun kurang sampai tak ada rasa…tapi sayang yang secukup rasa…..

Thursday, January 27, 2011

Cuti, best ataupun tidak???

Assalamualaikum......

Dengan nama Allah s.w.t. yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Semua orang suka cuti.Makin panjang cuti makin best.Makin gembira....Makin seronok sebab banyak bneda bole di buat....

Bila cuti,
Boleh balik jumpa mak ayah,dapat rasa masakan dari air tangan mak.Sedapnya,masakan mak,walaupun masak biasa saja tapi bila mak masak macam lagi sedap dari makan di hotel.Tidak tahu kenapakan.

Bila cuti,
Dapat rehatkan minda yang terbeban dengan assignment yang banyak dan bertimbun masa di kampus.Dapat release tension sekejap.Lupakan segala kerja di kampus dan relax di rumah.Wah,bestnya....kan.

Bila cuti,
Dapat jalan-jalan tengok ciptaan Allah s.w.t.Wah,bestnya......Dapat mandi sungai,dapat masuk hutan,memang best......dapat menyelam sambil sambil minum air.

Bila cuti,
Dapat balik kampung jumpa datuk nenek,jumpa saudara mara......terlepas rasa rindu pada mereka.Dapat bagi makan ayam dan itik,dapat makan buah-buah dekat kampung.....

Bila cuti,
Semua rasa happy,semua siap packing barang...sebab rasa rindu nak jumpa mak ayah.Nak jumpa kucing di kampung,bestkan......bila aku dapat rasa..

But,bila cuti...
Tidak semua orang gembira....ada juga yang sedih,sebab tinggal sendiri.Kawan-kawan semua balik rumah masing-masing,dia pula tidak dapat balik sebab study jauh sangat,nak balik juga tapi tiket mahal......Jadi kesimpulannya,tinggal lah keseorangan di kampus ditemani kucing-kucing,sekali sekala ada juga mak cik cleaner datang.....woha.
Hidupnya rasa sunyi dan kosong,rasa kesunyian yang menghimpit sangat.....ketika masuk waktu solat...datang ke surau,dialah bilal,dialah imam dan dialah juga makmum.Rasa sunyi bukan kepalang...

Bila cuti,
Memang tidak best baginya...sebab cuti dia sering sekali keseorangan dan ditinggalkan...sering kali,dia berkata "alangkah baiknya kalau tidak ada cuti yana panjang".Lalu dia berkata...."Biarlah cuti buat mereka tapi tiada cuti bagiku...."(untuk sedapkan hati yang sunyi).

Secara kesimpulannya,cuti membuatkan diri rasa sunyi dan sepi...tapi cuti kali ada takazah agama datang...jadi sambutlah dengan hati yang lapang...supaya rasa sunyi itu hilang....Cuti untuk belajar agama...tak apa la tidak dapat rasa masakan air tangan mak,tak apa la tidak dapat berenang di sungai.

Masa nie,semua orang macam 1 keluarga..best sangat..


Inilah suasana agama yang paling best pernah aku rasa.....rasa rindu pada suasana nie.Manusia berlumba-lumba untuk sambut takazah agama.




Wednesday, January 12, 2011

Apa Nak Jadi Pada Umat Hari Ini?

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang....


Dah lama tidak tulis entry.....senyap untuk seketika....Bukan tiada idea tapi senyap untuk menenangkan hati yang sakit ini...(.sakit la juga)...woha..
Jadi bila hati sudah tenang sikit....sekarang ada la untuk buat entry baru....perasaan untuk buat benda baru....
Dipetang yg hening ini...di mana aku berada dalam keadaan separah sedar akibat selesema yg macam teruk....aku terpanggil untuk menulis entry ini....bila mana aku melihat gambar ini.....
Sungguh tragis dan dramatik peristiwa ini.....ni pelajar MALAYSIA tau,bukan pelajar INDON,pelajar THAILAND atau pelajar JEPUN.


Boleh pula mamat dan minah ni,buat projek disiang hari,di kawasan yang agak open.Tension aku!!!
mamat dan minah sedang mengatur strategi....Nak wat style apa???
Nakalnya anak lelaki sekarang,asyik nak memecahkan dara perempuan saja....Yang perempuan pun satu,yang bagi tu kenapa?
Bagi la nanti dekat suami hang,biar suami yang pecahkan dara tu bukan si mamat durjana tu....woha...macam nak bagi penyepak pada mamat tu.


mereka sedang kenikmatan melayan nafsu syahwat...
Sedihkan,pada umat ni.Kembali kepada zaman Jahiliyah,buat zina di mana-mana,tidak kira tempat dan keadaan.Pakai uniform sekolah menengah,siap dengan bertudung sekali...tapi berzina.Kalau Rasulullah S.A.W dan Sahabat R.A ada,mesti sedih tengok umat ni.....


Dan bila mana aku lihat gambar ini.....aku mula terfikir siapakah yang bersalah dalam keadaan ini...


adakah salah kerajaan sebab tidak mentadbir dengan baik?


adakah salah JAKIM sebab tidak buat kerja?


adakah salah Facebook sebab wujud dekat alam maya ni?


adakah salah mak ayah yang tidak pandai mengajar anak?


atau salah cikgu yang tidak pandai mendidik?


ataupun salah syaitan dan nafsu yang selalu menggoda?


Adei...pening kepala aku,memikirkan masalah ini....


tapi setelah aku fikir punya fikir,fikir sampai nak pecah otak yang agak geliga nie....akhirnya aku sudah jumpa siapa yang bersalah dalam hal ini..


JAWAPAN YANG AKU JUMPA:
Yang bersalah dalam situasi yang agak rumit nie....ialah SAYA
Siapa yang bersalah......SAYA....
Bagus, sekarang yang bersalah ialah SAYA.....


Kenapa SAYA yang bersalah....


kenapa bukan....


kerajaan..


JAKIM...


mak ayah...


ataupun cikgu.....


ataupun superman..


Sebab apa...sebab hari ni saya tidak jumpa pun saudara saya,Saya tidak bagi tahu yang mereka buat tu salah.Yang saya tahu tulis blog,baca blog orang,buka MUKABUKU,chat dengan kawan-kawan...Saya hanya pandai tulis dekat blog tapi hasil tidak ada.Tidak bagi masa untuk jumpa mereka,pujuk rayu dengan kasih sayang dan hikmah.Lemahnya saya nie..minta maaf ye....


Hari ini saya sibuk cari kesalahan orang,sibuk cari kelemahan orang,sibuk complain orang tu tidak buat kerja....saya hanya pandai cakap..tapi tidak serupa bikin(aku memang benci manusia macam ini).Aku hanya pandai tulis dalam MUKABUKU dan BLOG,hanya pandai taip saja...dan perasaan sibuk.Lepas tu perasan diri tu bagus sebab dapat bagi nasihat kepada orang dengan post nasihat dekat BLOG dan MUKABUKA.


Ulama bagi tahu....umat skrng nie,buta dan pekak tapi tidak bisu.Untuk bantu umat ini kita kena pimpin tangan mereka dan bawa kepada jalan yang lurus bukan hanya CAKAP sebab mereka ni PEKAK,bukan hanya TULIS sebab mereka ni BUTA.Jalan yang paling betul ialah PIMPIN tangan mereka dengan kasih sayang dan hikmah,kena jumpa mereka dari rumah ke rumah,pintu ke pintu dah hati ke hati macam mana Rasulullah S.A.W buat.Bukan hanya cakap atau tulis di blog,surat kabar,Facebook dan Email tapi pimpin tangan mereka....bawa mereka ke jalan yang lurus.Faham ka juga nie???


As conclusion,umat menderita sebab salah siapa???


Salah SAYA la....katakan pada diri anda,bahawa andalah yang BERSALAH dalam hal ini...tepuk dada tanya iman....ok..
WOHA...



Kekasih Ku