Wednesday, February 29, 2012

Persoalan yang saya tak reti nak jawab???

Satu perbualan antara bapa dan anak perempuannya....

Bapa : Kenapa ya,abah lihat,anak-anak perempuan orang PAS bila buat usrah di universiti mereka buat sungguh-sungguh?...tapi malangnya susah nak jumpa anak-anak perempuan karkun yang buat usaha masturat di universiti?

Anak : Ermm.....entah lah, abah?

Maka kecelaruan bagi si anak,kerana dia merasakan  bapanya cuba  menyindirnya secara sinis,walaupun sinis tapi dalam maksudnya,terguris hatinya...kerana dia tahu,dia pun anak karkun juga...

Dan dia telah bermonolog pada dirinya"Kenapa usaha masturat dalam kalangan student perempuan tidak ada dan kalau ada pun lemah sangat?Kenapa usaha masturat dalam kalangan student perempuan tidak serancak usaha student lelaki?"

Dia tertanya-tanya...sambil tercari-cari jalan untuk persoalan yang timbul.Tapi dia buntu,untuk mencari solusi yang sebenar...

P/s:Bila ada seseorang tanya pada saya....saya punya cakap.....ermm...entah lah...( sebab tidak tahu nak jawab apa)....woha!!!

P/s:So...ada syor tak?

P/s:Tiada niat untuk memecah-belahkan sesiapa!

Tuesday, February 7, 2012

Muzakarah 6 sifat bersama suami dan istri?


Setiap sahabat Nabi Muhammad SAW ada berbagai bagai sifat yang tersendiri, seperti Saidina Abu Bakar yang lembut, saidina Umar yang keras, saidina Usman yang pemalu dan Saidina Ali yang tegas serta lain lain sahabat, namun, ulamak telah membuat kajian bahawa pada semua sahabat Nabi, ada enam sifat yang unggul dalam diri mereka..

Kita semua tahu bahawa, Kejayaan Umat ini , adalah apabila kita berjaya mengikut jejak para sahabat r.a kerana mereka adalah golongan yang dicintai Rasulullah SAW, mereka juga telah dapat ‘pangkat’ Radiallahuanhu waradhu-an , yakni mereka redha Allah sebagai Tuhan, dan Allah telah redha mereka sebagai hamba. (rujuk Al quran) oleh sebab itu, kita sebagai umat pada Nabi yang sama, macam mana nak dapat redha Allah?, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A..

Umumnya, Sahabat Nabi Muhammad SAW ada 6 sifat yang unggul, iaitu 1.Iman, 2.Ibadat 3.Ilmu 4.Akhlak 5.Niat, 6.Dakwah ..

Kalau aku tulis dalam bentuk point, 6 sifat sahabat adalah:- 
  1. IMAN (Yakin Hakikat Kalimah La Ila Ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah)
  2. IBADAT (Yakin Hakikat Solat Yang Khusyuk Dan Khuduk)
  3. ILMU (Yakin Hakikat Ilmu Dan Hakikat Zikir)
  4. AKHLAK (Yakin Hakikat Ikramul Muslimin)
  5. NIAT (Yakin Hakikat Ikhlas)
  6. DAKWAH ( Yakin Hakikat Tabligh)
Perlu di ingat, Enam sifat sahabat R.A tersebut bukan merupakan agama yang sempurna, karena agama yang sempurna terkandung dalam al quran dan al hadith, tetapi apabila enam sifat para sahabat tersebut ada dalam diri kita maka InsyaAllah, ianya akan memberikan kemudahan kepada kita untuk mengamalkan agama secara sempurna.., InsyaAllah... 
(Habis review)

Dialog Suami Istri yang amat berguna untuk tingkatkan iman...
 Laki Bini yang sedang tanam pokok.., tangan masih berjalan buat kerja pemangkasan hujung ranting..., lalu aku ambil satu ranting yang dah terpotong, lalu mengoyangkan ranting itu sehingga daunnya gugur lalu berkata:

“wahai isteriku,yang ku cintai!mengapa kamu tidak bertanya,kenapa abang buat begini?"

Isteri ku tersenyum dan terus buat kerja, lalu aku menyambung.. .

“Beginilah Rasulullah lakukan dihadapan sahabatnya yang bernama Salman r.a, semasa Salman r.a bersamanya dibawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon lalu mengongcang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya baginda bersabda,"wahai Salman ! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat begini?"kataku"khabarkanlah kepadaku."Sabda nabi s.a.w,"Bahawasanya apabila seseorang Islam mengambil wudhuk dengan sempurna,kemudian ia melaksanakan solat lima kali pada setiap hari, maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Bini aku menambahkan senyuman, tangan sibuk membasuh pasu lama, lalu mendepakan tangan dan mengoyangkan jari sebagai isyarat agar aku hulurkan sisa sisa pasu pecah untuk dijadikan lantai pasu lama..

Aku terus menyambung cerita..

“Sayang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANGmerupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..."

Bini aku angguk angguk, bermakna dia sudah tahu.. .

“begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita...”

Bini aku angkut pasu yang sudah di isi serpihan batu lalu bawa ke hujung pagar, aku mengikut dari belakang sambil mendukung beberapa bungkusan anak pokok, dan aku sambung bercerita..
AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

Aku sambung lagi:

“Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula amalan SUNNAH dalam diri”

Bini aku angguk, dan ambik pisau lalu hiris bahagian bawah plastic perlahan lahan sedang aku memegang bahagian atas plastic.., mulut aku masih lagi berkata-kata:

BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT  dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklah dahan..”

Akar pokok bungapun terdedah, bini aku dekatkan pasu lalu aku letakkan anak pokok itu ke dalam pasu yang mana bini aku sudah siap-siap mencampurkan isi pasu itu dengan baja dan pasir..

Aku menyambung lagi:

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat bereduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR

Bini aku menyiram sedikit air untuk mengkedapkan tanah, apabila tanah itu semakin turun, aku campur pula dengan bahan tanah yang telah di gaul bersama baja organic serta pasir. Lidah aku terus bergerak-gerak...

BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalahKEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

Bini aku terus merumpai tanah bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Aku pula melakukan kerja-kerja penggemburan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur. Sesekali aku membelek hujung daun kerana takut ada serangan serangga perosak yang dikenali sebagai kutu daun (aphids) dan koya (mealybug)., dan aku menyambung lagi..

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

Wah, bini aku nampaknya kagum dengan penerangan aku tentang 6 perkara pada pokok dan kaitannya dengan sifat sahabat lalu berkata:

“Saya ingat, esok kita beli lagi enam anak pokok dan pasu barulah bang, tak balance kedudukan hiasan pokok ni”

Woha!!! 

kredit to keretamayat....

P/s:Yang dah kahwin,bole try amalkan.Bagi yang belum pula,cepat-cepatlah kawin dan amalkan,tidak pun try la praktik dengan kawan-kawan atau saudara di rumah....insyallah,barulah wujud suasana agama dalam keluarga.Selamat mencuba...

Kekasih Ku