Friday, November 23, 2012

Ahlia.....?Miskin atau Kaya?

Sekarang musim cuti sekolah,
banyak orang nak buah masjid,
nak pasang tangga pada rumah,
nak tambah sayap untuk terbang lagi jauh,
maka itu,
banyak kad jemputan walimah diterima,
sms pun tidak kurangnya,
lagi jimat post di FB or Blog...

Di pagi-pagi buta...
Tengah yang lain sibuk membuta,
Rasa tergerak untuk baca buku,
buku Fadhilat Sedekah jadi santapan,
untuk menghibur hati yang duka,
duka sebab penuh kebesaran dunia,
cinta pada makhluk bernama wanita,
sedangkan wanita itu penuh fitnah,
Fadhilat Sedekah jadi rujukan,
untuk dapat nasihat dan amaran....
betapa hina cinta pada dunia,
baca punya baca,
terbaca pasal wanita dan nikah,
memang terkejut dan tak sangka....
ada nasihat dari ulama...
ingin juga ku kongsi bersama.....
teman dan rakan seusaha...
ayatnya ringkas tapi bermakna...

Ulama menulis bahawa seseorang itu HENDAKLAH mengahwini orang miskin dan tidak patut memilih anak orang kaya sebagai bakal isterinya.Kerana bila kahwin anak orang kaya akan terperangkap dalam 5 jenis musibah:
  1. Mesti membayar mas kahwin yang tinggi
  2. Berlaku kelewatan dalam upacara RUKHSATI(pengantin perempuan tinggalkan rumah bapanya untuk bersama suaminya).
  3. Susah nak terima perkhidmatan daripadanya.
  4. Perlu sediakan perbelanjaan yang besar.
  5. Akan menjadi halangan dari menceraikannya,kerana tamak akan hartanya.
Dikatakan juga....

4 perkara isteri harus berada diparas rendah daripada suaminya:
  1. Usia
  2. Tubuh
  3. Harta
  4. Kebangsawanan
4 perkara isteri harus berada diparas tinggi daripada suaminya:
  1. Rupa
  2. Adab
  3. Taqwa
  4. Tabiat
Jika tidak,maka suami akan dipandang hina.

Woha,banyak doa.....jaga iman,jaga amal,jaga akhlak.....dan buat aku yang hina lagi dina kena jaga mata....

Reference: Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariya Rah.,Fadhilat Sedekah,M/S 890.

p/s:Moga saya dan tuan-tuan dapat amal dan sampaikan...woha

8 comments:

  1. perkongsian yg sgt menarik... thanks... mmg ada betulnya tu...

    apakah nasihat ini sesuai utk orang yg belum berkahwin je? (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,sama2 cikgu fuad....

      yg dah kawen pun bole je....untuk anak2 dan mana la tau ada rezki lebih....bole apply bila nak cari istri kedua...kan

      Delete
  2. tapi kalu siisteri kedudukan/hartanya lebih banyak dari suaminya...camna ye?

    ReplyDelete
  3. sabar jak la.....allah dah bagi syukur la pada nikmatnya....

    ReplyDelete
  4. Mengutip mutiara ilmu...
    Muhasabah diri. Persiapan yg lebih baik.

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.....persiapan terbaek adalah iman n amal....doa karo

      Delete

Kekasih Ku