Sunday, September 26, 2010

Remaja Dan Seks??

Seks!!!
Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!
Ada juga yang jadi hamba seks...kesiankan...
Dan tak kurang juga yang dicampakkan ke dalam neraka kerananya.. oh tidak....


Hari ini jika korang  rajin cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!


Sehingga tak tercapai akalku..isk….isk.

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi ni?

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbintikan siapa, penyakit kelamin dan doktor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah  tergadai, keturunan tercemar, lahir anak-anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda .



Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya sebab lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali....

Lalu Rasulullah bersabda(lebih kurang maksud) :
Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)

Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..

Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:

“Sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segala macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!
Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah-celah bangunan sekolah, ke IPT, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!


Nauzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?Owh tidak........bahayanya nafsu ini.....


sumber:keretamayat.blogspot.com

Thursday, September 23, 2010

Belajar Ugama dari Blog??

Apa pendapat korang mengenai belajar ugama melalui blog?

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat Taufik dan Hidayat dari Allah.

Apa itu Taufik?

Apa itu Hidayat?

Pemain badminton negara Indonesia ke?(Taufik Hidayat)

Taufik ni adalah "kesedaran" yang Allah datangkan pada kita...Manakala Hidayat pula akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran...

Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam-macam cara,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, sakit, bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, kemalangan,muflis,gagal exam,awek lari, dll...

Tapi korang haya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi,jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang....

Faham tak nie?
Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran....
Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usaha atas kesedaran tu...

Orang yang tak buat usaha atas kesedaran.,lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan...
Maka dia kan kata "Aku pergi  sembahyang di masjid buat apa?Aku bukan nak pahala 27 kali ganda, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh ba..." atau "zaman bila tutup-tutup ni, rimaslah !!!)”.

Maka jadilah percakapan mereka tu percakapan orang-oragngyang jahil(bodoh !) dan sombong.

Satu cerita...Cuba baca dengan penuh penghayatan..

Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yg busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...dalam drama korea tu....

Apa perasaan korang? seram tak? tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu kerja ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi...baru baca "pada satu malam..." dan terketar-ketar...meremang bulu roma,bulu dada, tempurung lutut berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesannya...korang sedar tapi takde kesan,cubalah pergi majlis ugama kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab itulah org alim mintak kita hidupkan bacaan hadith kat masjid.

Jadi tujuan aku menulis dalam blog ini bukanlah nak berdaqwah ke apa sebab ni bukan cara Nabi, korang mungkin dapat kesedaran tapi hidayat akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran korang..., aku cuma menulis apa yang terbuku di dada, aku luahkan ketidakpuasan aku pada orang yang memutarbelitkan ugama. sebab pakar sakit jiwa pernah bercakap kalau tak luahkan apa yang terbuku di hati korang maka korang boleh jadi sakit gila babi tahap kritikal...kan parah tu....

sumber:keretamayat.blogspot.com

Tuesday, September 7, 2010

No Women No Cry???



Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?


Dah lama aku dengar desas-desus dan  ura-ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah  titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?

Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I'm seks Education”.


Dahsyat..., dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh tidak!!


Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul-betul berdara, bagaimana?
Akupun tak tahu,tapi  kalau korang baik! !                                                                 I

InsyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…


Maka kali ni, aku yang belum berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah,
wanita itu adalah senjata syaitan..


Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..mereka....
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata
“oh tidak!! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)



Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale Bandre ataupun Paris Hilton goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat,, huh! !meremang bulu janggutku, tercabut  kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. nauzubillah!!


Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!!


Aku sekarang ni pun ada adik perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)


Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk bersetubuh adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul-betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!!


Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh !!dan bila masuk cerita bab dalam  kain, jadi senjata setanlah korang .....nauzubillah..


Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan dan gersang…oh!!, dan lelaki bila dah stim, kemaluan menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis atau telur lelaki akan rasa ‘senak’, dan pada waktu ini keinginan untuk mencari lubang untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur.

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, bagus jugak perasan sibuk ni....


Dipetik:Apa Itu Imun-Iman?,keretamayat.blogspot.com

Friday, September 3, 2010

Bagaimana nak Imunkan Iman kita ???

Ada seorang kawan  bercerita kisah dia pergi ala-ala Rehlah atau khemah Ibadat, sound like that la,dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, apatah lagi di anjurkan oleh para ustaz dan ustazah..

Tetapi perempuan itu keliru kerana ada beberapa aktiviti yang mushkil seperti mandi sungai lelaki & perempuan, walaupun tak bercampur tapi dekat jugak, lepas tu main sukan dan ustaz jadi penonton, kemudian ada permainan ala-ala explorace, cari jawapan tentang ugama islam sambil mengejar masa dan merentas desa, tinggal solat jemaah dan buat aktiviti yang kelihatan seperti pengakap melepaskan rindu zaman perkemahan..

Lagipun aktiviti itu di buat kat tempat jin bertendang iaitu tepi sungai dalam hutan, tepi pantai atau atas gunung...

Aku tak nak ulas lebih lebih, sebab ustaz dah anjur, siapalah aku untuk pertikaikan keputusan ustaz-ustaz itu, cuma kalau bini atau awek aku yang nak pergi memang aku larang, dan kalau ustaz tu ajak aku dan sedia bayar duit pun aku tetap akan fikir panjang, dan keputusannya aku tak nak pergi..

Kenapa? Kerana aku rasa teknik itu bukannya dapat mengimunkan iman aku, lebih kepada nak berseronok aku rasa, atau berkelah dengan nama islam, mungkin mereka tinggal solat jemaah sebab musafir kot..(aku bersangka baik)

Semoga lepas mereka pulang dari khemah ibadat-rehlah itu, dapatlah mereka jaga solat jemaah bagi lelaki, dan dapat solat awal waktu bagi perempuan, barulah berbaloi masuk hutan tiga hari tiga malam kena gigit nyamuk pula tu..

Berbalik kepada tajuk kita, Bagaimana kita nak Imunkan Iman kita?

Bagaimana kita nak buat supaya iman kita tidak terkesan dengan godaan dan suasana, yang paling takut bila dengar berita anak-anak muda dah murtad di sini sana..

Memang benar, Allah akan uji iman kita, Allah akan uji itu ini begitu begini, namun akhirnya, mereka yang kuat imannya atau memang telah berjaya mengimunisasikan iman mereka, merekalah yang akan berjaya di dunia dan di akhirat..

Orang yang imun imannya, apabila datang ujian dalam bentuk Takhta, Harta, dan Wanita, masih selamba cool tolak semua itu dan teguh taat akan segala perintah Allah..

Orang yang imun imannya, apabila dengar Azan akan dapat segara ke Masjid walaupun sakit, sibuk, penat dan sebagainya...

Orang yang imun imannya, apabila datang dakyah yahudi, tidak terkesan untuk memperbaharui strategi dengan menghalalkan bidaah lalu musnah di telah ego perasan betul..

Bila kita tengok sejarah, akan terzahir sifat sahabat yang telah imun imannya sehingga langung tak terkesan dengan ujian dalam bentuk Takhta, Harta, atau Wanita, mereka masih selamba cool tolak semua ujian itu dan teguh berpasak dengan segala perintah Allah..

Ada riwayat mengatakan, sekiranya Shurga dan neraka di zahirkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi dan sudah tidak turun lagi kerana Iman mereka telah mencapai tahap tepu, telah mencapai tahap kesempurnaan pengimunasikan, pendek kata, telah imun iman mereka..

Jadi, persoalananya, bagaimanakah mereka telah berjaya mengimunkan iman mereka?..

(sila jawab sendiri, korangkan pandai..dan perasan pandai)

Berbalik kepada generasi zaman sekarang, terutama anak-anak muda, iman antara mereka sudah banyak yang rosak, hanyut dan ada yang murtad di sini sana, apabila masalah ini di bawa kepada bijak pandai islam maka berbincanglah mereka untuk mengatasi masalah ini, namun sehingga ke hari ini, masalah masih tidak selesai kerana mereka nampaknya belum lagi menemui kaedah vaksinasi yang betul dan berkesan dalam proses mengimunisasikankan iman anak-anak muda zaman haru biru ini...

Errr, mungkin iman mereka pun belum imun?, (aku berburuk sangka, aku sendiripun belum imun iman aku..oh tidak...)

Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku kecewa dengan cara bijak pandai islam dalam menyelesaikan masalah ini.., kaedah yang korang sediakan terhad dan perlu kepada kos,..

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Bila masalah anak muda ni di bincangkan oleh islam politik, kata mereka, untuk selesaikan masalah ini perlu kepada pemimpin islam, untuk dapat pemimpin islam kena ada negara islam, untuk dapat negara islam kena sertai pilihan raya, kena ada wang pertaruhan, kena belanja besar beli bendera tampal poster, kena kutip derma ketika ceramah, kena kempen siang malam.. bla bla bla..

Helloo, Dah lima tahun (50 tahun sebenarnya) tak menang juga, macam mana ni bang?
Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah tinggal, solat kat rumah pun dengan malas, al quran tak beberapa suka nak baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Nak kena buat parti, nak kena ada musuh parti, kan payah tu,.. sekejap!, aku tak kata korang kena stop parti, teruskan apa yang korang rasa betul itu, namun dalam peroses menyelamatkan anak muda dan diri kita ketika ini, dalam proses imun iman, masih perlu pada alternative yang mudah dan betul, bukan dalam bentuk janji apabila menang, kami tak perlukan janji pilihanraya....,

Dan kami tak perlukan huru hara.., The Earth is very dangerous right now, hurry back to Moon!

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Kalau korang buat Rehlah atau kem ibadat dalam hutan, boleh tak makcik dan pakcik ikut? Boleh tak OKU ikut, mereka pun nak tingkatkan iman.., jangan nak tingkatkan iman seorang-seorang jak....,boleh tak?

Itu satu hal, ada jugak bijak pandai yang nak selamatkan anak muda ni buat program yang agak replies, tapi kena belive it.., program ni agak mahal belanja dan agak terhad peluang menikmatinya, dan tak nampak hasil yang di kehendaki dari sudut akhirat, anak muda di suruh ronda malaysia naik motor, atau pergi terjun kat kutub utara , atau kena pergi berenang keliling dunia ke apa, tapi lepas balik kem motovasi ke apa, bagaimana pula hasilnya, sudahkah iman mereka di imunkan?
Kita risau masa mereka yang berharga habis begitu sahaja, dan kita anjur program yang boleh mengharumkan nama negara, itu cerita lain, tapi dari sudut ugama, apa kita nak buat? Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah masih selamba tinggal, solat kat rumah dengan malasnya, al quran memang tak suka baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Cara yang lebih mudah daripada jadi bisnesman, tak payah buat pinjaman MARA, bukak bisnes ke tanam ladang, mohon subsidi itu ini, yang lebih mudah, yang lebih berpeluang untuk di buat oleh semua peringkat umur, pakcik asrto pun boleh joint...

Nak kena masuk sekolah pondok? Kami semua ada kerja, ada anak bini.., nak pergi Azhar, ada antara kami yang buta huruf, buta warna dan buta hati, nak buat camne ni bang?

Kalau yang ada ijazah tapi masing menganggur pula, bimbangkan masa depan mereka, Kerajaan bagi peluang sertai program Skim Latihan Graduan, di bayar RM500.00 sebulan.., semoga mudah dapat kerja lalu mencerahkan hari tua..

Namun, itu bukan masalah utama, kerana hakikat masalah utama anak anak muda kita yang sebenar bukan hanya pada hari tua mereka, tapi adalah masa hari mereka jadi mayat!



Dipetik daripada:Apa itu Imun-Iman?,keretamayat.blogspot.com

Kekasih Ku