Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni...
Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya......
BERCAKAP DENGAN BAYI:
Ibu: Apa kabar kau?
Bayi: Kabar baik aku.
Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?
Bayi:Aku duduk pusing-pusing sambil makan-makan.
Ibu: Ada apa kat dalam?
Bayi: Tak nampak apa-apa, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan-makan. Aku selesa di sini.
Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?
Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.
Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.
Bayi: Apa itu darah haid.?
Ibu:.. Kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..
Bayi: Cakap je lah..
Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya....
Bayi: Tak faham aku..
Ibu: Kang ibu dah cakap….tadi....
Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda-benda tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.
Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa-rupanya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat-sangat perlukan tangan dan kaki kau tu..
Bayi: Ah tak naklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.
Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal....
Bayi: Basikal tu apa?
Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…
Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.
Ibu: Malaikat? Siapa nama malaikat tu…?
Tuhan kata panggilah dia: BONDA.
Tammat…
Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau' iaitu manusia.....
BERCAKAP DENGAN ENGKAU:
Aku: Apa kabar kau?
Engkau: Kabar baik aku.
Aku: Apa kau buat kat dunia ni?
Engkau:Aku duduk pusing-pusing sambil cari makan..
Aku: Apa yang kau makan?
Engkau:Yang halal. Macam-macam ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong….pun ada...sedap...
Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..
Engkau:: Apa itu khazanah Allah..
Aku:.. Kalau aku cakap pun kau bukannya paham pun..
Engkau:: Cakap je lah..
Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler...
Engkau:: Tak faham aku..
Aku: Kang aku dah cakap….
Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa
dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya....aku rimaslah....
Aku: Patutlah kau lari-lari, rupa-rupanya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?
Engkau:: ye ke ni,,,Ah tak naklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan perniagaan aku. Boleh makan banyak sikit.....bole cepat jadi kaya-raya....
Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titian sirat…tak dapat shafaat nabi....kau tau....
Engkau: Shafaat tu ape?
Aku; Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia...bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau...kau akan menangis terkejut…
Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu.... aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku…....
Sign out….dulu....hehehehe
Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…...umat menderita....
No comments:
Post a Comment