Thursday, October 21, 2010

Tazkirah Buat Bakal Istri???

Tazkirah yang aku tujukan buat bakal isteriku dan semua member-member sekepala dan awek-awek lama yang bakal mendirikan rumah tangga....

Pada awal perkahwinan, aku telah bertazkirah pada isteriku supaya aku nampak berilmiah kerana perempuan memang suka pada lelaki yang berilmiah lagi beriman…

Kataku:
"Wahai sayang, awak tahu tak apakah rahsia di sebalik jari jemari abang ni?
(Tentulah isteri aku nak tahu, dan isteri mana yang tak suka pada suami yg bijak dalam tutur kata… he he he.saje jer aku nak tunjuk terer…)

Aku kata: wahai isteriku, lihatlah jari-jemari abang ini,(kasar, keras dan berkematu)
Jari ibu ni melambangkan ugama islam ataupun iman, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi ke mulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu dan ini, begitu begini bla bla.bla

Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak baru kita tahu...  iman itu sangat penting!!!(sambil aku membuatkan isyarat 'good' dengan ibu jari..)


Jari telunjuk pula mewakili ilmu, contoh bila org tanya mana masjid?,Aku kata:Tuu, !Aku tunjuk dengan jari telunjuk(tak tau lah kalau korang tunjuk dengan ibu jari)

Mana binatang jahat tu?Aku kata: Tuuuuuuu…tunjuk dengan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk… (lantak koranglah kalau korang nak tunjuk dengan ibu jari atau dengan mulut yang memuncung )

Isteri tanya: jari tengah ni mewakili apa pula bang?

Aku kata: Jari ni mewakili: (FU*K) jari nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu(aku dah kabor dah, aku tujukan tazkirah ini hanya pada org yg dah kahwin atau nak kahwin untuk waktu terdekat… yang tak ada niat nak kahwin, main jauh-jauh..)

Sambung balik pasal jari nafsu atau jari F*CK ini…, biasanya jari ini bagi orang yang dah kahwin digunakan untuk membangkitkan ghairah sang isteri..(arghh, aku dah naik minyak), Sekarang cuba awak bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)

Ini bermakna walau camne terer pun ilmu ugama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!!, (tak tahulah kalau jari korang sama panjang,alien ke apa?) banyak cerita ahli abib yang tak kahwin dan ibadat pulak tahap wali, tapi bila datang perempuan, di pendekkan cerita di zinanya perempuan tu… nafsu mana boleh tahan beb!!! (Na’uzubillah)

OK, sekarang kita pergi pada jari manis, jari ini di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki..oh!

Bila kita renung akan jari manis ini, (eh,? dah ada cincin.. he he he), maka, kita dapati, jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari FUC*!!! ), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari anak mewakili isteri kedua, eh?! Silap, errr, ,mewakikli jari anak-anak kita(dah nama pun anak),
Nah!, maka sekarang kita lihat, inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah menyempurnakan separuh dr ugama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Wah wah wah, isteriku begitu mengagumiku, he he…bertambah respect dia pada aku…betapa berilmiahnya aku ha ha ha..(cubalah korang buat kat pasangan korang, jgn buat kat awek pula!, jangan menghampiri zina!)

P/s:Penulis belum kahwin lagi tau.......he he he.....jangan salah anggap pula......Ingat jangan buat kat awek pulak.Kalau istri tak apa....dibolehkan......

2 comments:

  1. haha.. klakar.. tp jelas n sampai pointnya.. thumbs up!!

    ReplyDelete
  2. ni dari blog kereta mayat ni..
    copy erk..

    ReplyDelete

Kekasih Ku