Friday, November 19, 2010

8 Things I Hate About You

solat-5-waktu
1.Ustaz yang tak jaga solat jemaah tapi sibuk tafsir ayat Al-Quran tentang hukum-hakam…pelik aku…
Aduh….korang bukan tak tahu,selagi tak jaga solat jemaah selagi tu sifat munafik ada dalam diri (rujuk hadith),sebab tu aku rasa fail bila ustaz yang gagal tafsir bab solat jemaah, tiba tiba boleh pulak tafsir ayat lain guna kepala otak dia…bukankah solat itu tiang ugama?sangkut bab solat, habis semua sangkut…..Dah! pergi belajar jaga solat jemaah,jika kamu seorang ustaz….bikin malu saja dapat title ustaz….


2. Perasan disalahkan…walaupun tak salah…
Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi…dan tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kita pun jadi slow gak,sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..
Orang yang ‘perasan disalahkan’ biasanya ada penyakit hati yang kronik, sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pula..
Atau bila orang masjid datang ziarah dia kat rumah sebab nak eratkan silaturrahim, terus marah-marah sambil berkata aku dah banyak ilmu ugama pergi dakwah orang lain, bodoh ke apa?



3.Bercakap tentang harta orang lain….
Aku menyampah dengan mereka yang begitu ghairah bercerita tentang harta orang lain, kereta orang tu mahal dan mewah bla bla bla.., rumah orang itu besar dan indah bla bla bla..,, gelang orang itu cantik dan berseri bla bla bla..,, isteri orang itu besar buah dada bla bla bla..,, hampeh semua!!!
Tanda orang yang miskin jiwa raganya adalah suka bercakap tentang harta orang lain.., dan itu tandanya korang cinta dunia, dan Tuhan marah korang bercakap tentang harta dunia, apatah lagi tentang harta orang lain, bukannya korang dapat faedah pun bila puji harta mereka, buat mereka riak dan korang dengki jerr… itu semua jalan ke neraka, banyak benda lagi nak diborakkan daripada bercakap tentang harta orang lain, baik korang bercakap tentang nikmat yang Allah bagi kat korang dan bersyukur.., tak payah menghinakan diri dengan berborak tentang harta orang lain…



3.Tengok sukan secara live…
Aku tak kan buang masa bangun malam tengok bola, atau pergi stadium tengok bola, atau sukan sukan lain, hidup ini singkat sahaja, apa salahnya jika tengok kat berita terus? Boleh terus nampak gol.., tak rugipun, aku suka sukan UFC, cukup tengok kat U tube.., tak payah nak buang masa conteng muka, beli tiket, pakai baju warna warni dan ponteng solat maghrib.., korang takde life ke? Atau korang takde next life?



4.Main game…sampai lupa akhirat….
Aku suka baca komik dan tengok kartun masa remaja dulu, bila tengok visual game, aku rasa memang tertarik dan berniat nak beli PS2, tapi tak.., aku tak terjebak dan tak tergoda langsung dengan semua jenis game, Tak kiralah PS2 ke, PS3 ke, X Box ke, malahan game bodoh macam solitaire pun aku tak main, aku tak terperangkap dengan benda benda yang betul-betul buang masa…, dari aku main game, baik aku main lari lari dengan kawan aku, takde faedah langsung susun daun terup sehingga keluar bunga api.., memang betul betul takde faedah!!



5.Beli harta dan hias harta dengan penuh membazir dan jatuh cinta pada harta sendiri…
Ini macam penyakit orang kapir yang takut mati, beli kereta dan hias kereta macam sampah dan jatuh cinta kat kereta sambil perasan kereta tu cantik, letak spoiler yang nampak bodoh, tampal stiker jenema kereta mahal luar Negara walhal kereta tu kereta buatan Malaysia, lepas tu cat kereta macam budak tadika baru dapat calour, lepat tu tulis type-R dan macam macam lagi aksesori bodoh.., dan bila memandu, perasan semua orang cemburu dengan mereka, aduh.., aku bukan cemburu, tapi aku kasihan.., oh! Alangkah ruginya umur mereka.., aku kasihan dengan kebodohan mereka menghabiskan masa..



6. Tengok drama bersiri…sampai menangis…
Benda yang tak dapat pahala ni tak elok diistiqamahkan, nanti jadi makruh dan takut takut lama-lama boleh jadi haram…, tak rugipun tak tengok drama bersiri.., terutama suri rumah, baik baca buku ugama dari habiskan masa tengok drama Indonesia yang banyak iklan.., dan aku dengar cerita, drama bersiri tu dibuat dua kali tayang, petang dan malam, dan ada orang sampai tengok dua kali petang dan malan, oh! Takde life ke?



7. Bercouple sebelum kahwin…
Nak bercinta boleh, diam diam sudah, dan jangan buat maksiat, tak payah nak tunjuk pada dunia yang korang ada awek, rakam gambar, letak dalam blog, dan perasan bahagia, aku cukup menyampah dengan mereka yang bercerita tentang awek atau pakwe mereka,Orang perempuan tak tahu ke?, yang orang lelaki kebanyakkan dalam bercinta, sangat berharap untuk terlanjur, siap bangga dan cerita kat kawan-kawan, dan akan tinggalkan perempuan bodoh tu, sebab lelaki rasa hebat dapat kendurikan orang perempuan.., jadi nak elak benda ni semua, tak payah bercinta, dan jika bercinta, diam diam sudah, dan takutlah pada Allah, kahwin cepat cepat..



8.Pak Pandir bodoh…
Kebanyakkan Pak Pandir adalah penyokong politik, mempunyai ciri ciri yang senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang dalam parti dia, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan hidupnya menyusahkan orang..
Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!!!

Monday, November 8, 2010

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat…

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Sebuah lingkaran halo menyelimuti Matahari, seperti terlihat di hampir seluruh wilayah Jakarta, Selasa (2/3) siang. (satrio nusantoro)

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersucidan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
air sembahyang sebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Hari ini marilah kita sama-sama merebut cahaya ini.Hari ini kita sibuk dengan mengejar kemewahan dunia,student sibuk dengan pelajarannya,peniaga sibuk dengan perniagaannya,petani pula sibuk dengan pertaniannya.Tapi hari ini saudara/saudari sekalian sabagai seorang islam kenapa tidak sibukkan diri dengan beribadah kepada Allah S.W.T sedangkan itu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Hari ini,jangan cakap nak BELA ISLAM kalau…

  1. Selalu sembanyang dekat rumah bagi lelaki.Lelaki kena solat di masjid atau surau,dimana azan dilaungkan.
  2. Selalu lengahkan solat.Nie memang tidak bole pecaya,diri sendiri pun tidak dapat nak bela tapi nak bela islam
  3. Tidak solat langsung memang teruk,nak bela islam tapi tidak nak amalkan Islam.
  4. Kalau ilmu ada tapi tidak diamalkan.Nie memang rugilah,nanti di akhirat ilmu tu akan tuntut haknya terhadap orang ini.
  5. Pandai cakap,tapi tidak tahu buat.Orang nie pandai cakap dekat orang,tulis di blog,dan banyak lagi la tapi tidak buat.Orang macam nie memang sesuai kena buku lima aku nie.

P/s:Kefahaman agama beza dengan ilmu agama.Kefahaman agama kita dapat bila mana kita buat pengorbanan untuk agama,tapi ilmu agama kita dapat bila kita pergi belajar agama.Orang hari ini banyak ilmu agama tapi kuranag kefahaman agama sebab kurang buat pengorbanan untuk agama.Saya pula dua-dua kurang kefahaman dan ilmu agama.Istigfar aku….dan tolong doa untuk aku.Woha….

Thursday, November 4, 2010

Bidadari Syurga...Siapa tidak nak???

Sebuah kehidupan di Jannah yang penuh dengan kenikmatan yang tiada tara. Air yang terpancar dari mata air Kafur, Tsanim, dan Salsabil serta sungai-sungai yang mengalirkan air susu. Kemudian, para gadis yang elok nan rupawan berdiam diri di dalam istana-istana syurga, mereka tak kan pernah keluar melainkan menunggu para calon suaminya yang beriman ketika di dunia....subhanallah.

Kecantikan, keindahan tubuh, keanggunan, dan segala kelebihan yang dimilikinya tak bisa dilukiskan dengan kata-kata, tak mampu untuk digambarkan dengan pena-pena kita. Gadis perawan itu terjaga kesuciannya, tak pernah tersentuh oleh tangan-tangan, baik dari kalangan manusia maupun jin. Mereka adalah para wanita surga atau yang lebih kita kenal dengan nama BIDADARI.



"Sekali lagi, siapa pun tak dapat menggambarkan kecantikannya. Jangankan untuk itu, sekadar mengkhayalkannya saja kita tak berdaya. Namun kecantikan dan keindahan bentuk tubuhnya", Allah berfirman, "Seakan-akan bidadari itu permata yaqut dan marjan." (QS. Ar-Rahmaan [55] : 58).

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (QS. Ar-Rahmaan [55] : 70).

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit di dalam rumah." (QS. Ar-Rahmaan [55] : 72).



"Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik, sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan." (QS. Al-Waaqi'ah [56] : 22-24).


"Suci dan disucikan," sebagaimana firman Allah SWT, "Dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci." (QS. Al-Baqarah [2] : 25). 


Dalam riwayat Bukhari dalam Kitab Shahihnya, Rasulullah SAW bersabda, "Seandainya salah seorang dari wanita surga menampakkan diri ke bumi, niscaya akan bercahaya antara bumi dan langit dan niscaya antara bumi dan langit itu dipenuhi dengan bau wangi. Tutup kepala wanita surga saja lebih baik daripada dunia dan segala isinya." 
(Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abi Dunya).


Do'a bidadari untuk para suami mereka di dunia, dalam Kitab Maraasilnya, Ikrimah meriwayatkan, "Sesungguhnya para bidadari berdo'a untuk para suami mereka saat para suami mereka masih berada di dunia. Mereka berkata : Ya Allah, tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepadaMu, dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaanMu, wahai Rabb Maha Penyayang di antara semua yang penyayang".


Jadi wahai pemuda islam...bidadari syurga senang menanti di syurga...dengan rupa yang sangat cantik,akhlak yang sangat baik,servis yang terbaik.....woha....tidak dapat dibayangkan dengan pancaindera....subhanallah.Bila nampak meleleh air liur....istigfar aku!!!


Mungkin inilah bukunya yang aku baca........
P/S:Pernah baca satu buku di sebuah kedai buku di bandar Tawau,Sabah,dalam buku tu kata tugas pemuda syurga adalah memecahkan keperawanan bidadari syurga....masyallah,best giler.Tidak dapat terbayang macam mana la keadaannya tu.Jadi kalau nak memecah keperawanan bidadari di syurga,janganlah pecahkan keperawanan anak perempuan orang yang belum sah jadi istri korang.Yang dah sah jadi istri tu bolehlah.....Istigfar aku.....So,jangan lepaskan peluang nie,semua bole dapat jika semua orang berusaha keatasnya....Mulai saat nie,kita sama-sama azam....azam yang bulat untuk dapatkan bidadari syurga.Dan bidadari yang paling cantik sekali ialah Ainul Mardihah...hanya untuk orang yang syahid dijalan Allah S.W.T...Nak yang paling cantik juga....dasar lelaki....



Tuesday, November 2, 2010

Ketahuilah....Apa yang belum kita ketahui???



Ketahuilah, lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih dari taat kepada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Ketahuilah, walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isterinya yang juga seorang wanita…


Ketahuilah, setiap kali wanita beranak.....setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan…..


Ketahuilah, di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk shurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.


Ketahuilah, isteri yang solehah, akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah arasy....


Ketahuilah, Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha..


Ketahuilah, lelaki dalam shurga, akan datang beramai-ramai pergi ziarah Allah yang merupakan kemuncak nikmat..... tapi wanita, Allah sendiri yang akan datang menziarahinya..


Ketahuilah, Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah... sayangnya ALLAH pada wanita ......

So berbangga la menjadi seorang wanita....bukan jadi bunga yang rendah nilainya tapi bunga yang tinggi nilainya....bukan pasir jalanan yang bersepah-sepah tapi permata zamrud......"dunia ini adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"hadis riwayat muslim.....bukan wanita jalan,bukan wanita murahan,bukan juga wanita yang kaya,bukan juga wanita cantik tapi wanita solehah adalah perhiasan dunia.....


Persoalannya...
Adakah anda muslimah solehah???
Jadi,take care your iman,solat,akhlak dan pergaulan......insyallah anda adalah muslimah solehah itu....woha sentiasa....

Kekasih Ku