"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)
Friday, November 19, 2010
8 Things I Hate About You
1.Ustaz yang tak jaga solat jemaah tapi sibuk tafsir ayat Al-Quran tentang hukum-hakam…pelik aku…
Aduh….korang bukan tak tahu,selagi tak jaga solat jemaah selagi tu sifat munafik ada dalam diri (rujuk hadith),sebab tu aku rasa fail bila ustaz yang gagal tafsir bab solat jemaah, tiba tiba boleh pulak tafsir ayat lain guna kepala otak dia…bukankah solat itu tiang ugama?sangkut bab solat, habis semua sangkut…..Dah! pergi belajar jaga solat jemaah,jika kamu seorang ustaz….bikin malu saja dapat title ustaz….
2. Perasan disalahkan…walaupun tak salah…
Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi…dan tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kita pun jadi slow gak,sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..
Orang yang ‘perasan disalahkan’ biasanya ada penyakit hati yang kronik, sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pula..
Atau bila orang masjid datang ziarah dia kat rumah sebab nak eratkan silaturrahim, terus marah-marah sambil berkata aku dah banyak ilmu ugama pergi dakwah orang lain, bodoh ke apa?
3.Bercakap tentang harta orang lain….
Aku menyampah dengan mereka yang begitu ghairah bercerita tentang harta orang lain, kereta orang tu mahal dan mewah bla bla bla.., rumah orang itu besar dan indah bla bla bla..,, gelang orang itu cantik dan berseri bla bla bla..,, isteri orang itu besar buah dada bla bla bla..,, hampeh semua!!!
Tanda orang yang miskin jiwa raganya adalah suka bercakap tentang harta orang lain.., dan itu tandanya korang cinta dunia, dan Tuhan marah korang bercakap tentang harta dunia, apatah lagi tentang harta orang lain, bukannya korang dapat faedah pun bila puji harta mereka, buat mereka riak dan korang dengki jerr… itu semua jalan ke neraka, banyak benda lagi nak diborakkan daripada bercakap tentang harta orang lain, baik korang bercakap tentang nikmat yang Allah bagi kat korang dan bersyukur.., tak payah menghinakan diri dengan berborak tentang harta orang lain…
3.Tengok sukan secara live…
Aku tak kan buang masa bangun malam tengok bola, atau pergi stadium tengok bola, atau sukan sukan lain, hidup ini singkat sahaja, apa salahnya jika tengok kat berita terus? Boleh terus nampak gol.., tak rugipun, aku suka sukan UFC, cukup tengok kat U tube.., tak payah nak buang masa conteng muka, beli tiket, pakai baju warna warni dan ponteng solat maghrib.., korang takde life ke? Atau korang takde next life?
4.Main game…sampai lupa akhirat….
Aku suka baca komik dan tengok kartun masa remaja dulu, bila tengok visual game, aku rasa memang tertarik dan berniat nak beli PS2, tapi tak.., aku tak terjebak dan tak tergoda langsung dengan semua jenis game, Tak kiralah PS2 ke, PS3 ke, X Box ke, malahan game bodoh macam solitaire pun aku tak main, aku tak terperangkap dengan benda benda yang betul-betul buang masa…, dari aku main game, baik aku main lari lari dengan kawan aku, takde faedah langsung susun daun terup sehingga keluar bunga api.., memang betul betul takde faedah!!
5.Beli harta dan hias harta dengan penuh membazir dan jatuh cinta pada harta sendiri…
Ini macam penyakit orang kapir yang takut mati, beli kereta dan hias kereta macam sampah dan jatuh cinta kat kereta sambil perasan kereta tu cantik, letak spoiler yang nampak bodoh, tampal stiker jenema kereta mahal luar Negara walhal kereta tu kereta buatan Malaysia, lepas tu cat kereta macam budak tadika baru dapat calour, lepat tu tulis type-R dan macam macam lagi aksesori bodoh.., dan bila memandu, perasan semua orang cemburu dengan mereka, aduh.., aku bukan cemburu, tapi aku kasihan.., oh! Alangkah ruginya umur mereka.., aku kasihan dengan kebodohan mereka menghabiskan masa..
6. Tengok drama bersiri…sampai menangis…
Benda yang tak dapat pahala ni tak elok diistiqamahkan, nanti jadi makruh dan takut takut lama-lama boleh jadi haram…, tak rugipun tak tengok drama bersiri.., terutama suri rumah, baik baca buku ugama dari habiskan masa tengok drama Indonesia yang banyak iklan.., dan aku dengar cerita, drama bersiri tu dibuat dua kali tayang, petang dan malam, dan ada orang sampai tengok dua kali petang dan malan, oh! Takde life ke?
7. Bercouple sebelum kahwin…
Nak bercinta boleh, diam diam sudah, dan jangan buat maksiat, tak payah nak tunjuk pada dunia yang korang ada awek, rakam gambar, letak dalam blog, dan perasan bahagia, aku cukup menyampah dengan mereka yang bercerita tentang awek atau pakwe mereka,Orang perempuan tak tahu ke?, yang orang lelaki kebanyakkan dalam bercinta, sangat berharap untuk terlanjur, siap bangga dan cerita kat kawan-kawan, dan akan tinggalkan perempuan bodoh tu, sebab lelaki rasa hebat dapat kendurikan orang perempuan.., jadi nak elak benda ni semua, tak payah bercinta, dan jika bercinta, diam diam sudah, dan takutlah pada Allah, kahwin cepat cepat..
8.Pak Pandir bodoh…
Kebanyakkan Pak Pandir adalah penyokong politik, mempunyai ciri ciri yang senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang dalam parti dia, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan hidupnya menyusahkan orang..
Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment