Friday, July 31, 2015

Ibu vs Isteri ?

23 Ogos 2014

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...
Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.
Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...
Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.
Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.
Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Sunday, July 26, 2015

Ujian dan Dugaan??

KENAPA AKU DIUJI ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ???
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST & STRESS ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

InsyaAllah ayat-ayat di atas boleh menjadi panduan buat kita semua yg selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan.

Alhamdulillah.

Friday, July 24, 2015

#11 Keadaan Ummat

25 Ogos 2014
Berbual dengan seorang bukan agama Islam 2 hari lepas Syukur saya ajar dia syahadah di sebuah gerai makan.
Dia cerita pada saya maknya sakit tenat. Dia sangat sayangkan maknya. Dia tidak percaya tuhan. Tapi baru ini bila mak dia sakit tenat. Dia paling jahat, gengster dan anak paling degil dalam ahli keluarganya. Dia tanya bagaimana nak ubat maknya sebelum ini...
Jawab saya' abang minta pada tuhan. Tapi kepada tuhan yang satu. Seluruh masalah hidup saya Allah telah beri jalan keluar. Jalan keluar yang tidak pernah disangka-sangka. Allah akan beri keputusan yang buat hati kita gembira. Kerana kita sudah berdoa...masa doa pun sudah tenang.
Abang percaya tuhan Allah?.
Saya percaya itu sebenarnya memang satu tuhan. Tuhan Allah. Langit bumi itu semua tuhan punya..
Kedua abang mesti bawa duit sedekah tolong orang. Nanti tuhan tolong kita..sedekah buat umur kita bertambah..
Ustaz, tolong doa mak saya. Mak saya sihat, saya masuk Islam.
Kata saya abang pun doalah..
Mak dia ditakdirkan Allah baru sihat 2 hari lepas. Dia nak masuk Islam.
Betul lah itu tuhan Allah sudah tolong. Saya sudah doa pada tuhan Allah. Saya juga bagi duit. Tuhan tambah umur lah dan bagi sihat.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Tuesday, July 14, 2015

#10 Keadaan Ummat

26 Ogos 2014
Menangis lihat seorang pakcik tua sakit lama dan meninggal dunia di hospital tanpa diziarahi oleh anak-anaknya...
Semasa saya khidmat di sebuah wad menjaga sahabat saya yang sakit.
Saya lihat ramai pendeta agama lain memberi khidmat kepada pesakit...
Ada seorang tua dekat 90 tahun dijaga, dibersihkan, diuruskan, dimandikan oleh sekumpulan pendeta itu..saya cuba dekat dengan pakcik tadi dan belajar buat apa yang pendeta itu buat. Saya suapkan pakcik tadi makan..dan saya berbual dengannya..saya belajar bantu mana-mana yang termampu.
Pakcik tinggal mana. Saya duduk di situ sudah 3 hari tapi tiada sesiapa menziarahi pakcik tu. Dia pun ceritakan mengenai anak-anaknya. Dia dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya kerana risau ayahnya tidak dapat jagaan jika duduk kampung. Selalunya begitulah bisikan syaitan.Dengan pelbagai penyakitnya. Anaknya cuma datang ambilnya sekali sekala masa hari raya. Itupun lama kelamaan seorang pun tak ambilnya lagi.
Semenjak dia di hospital, kata nurse tiada siapa menziarahinya. Dia keseorangan dan dibiarkan. Dia selalu kata baik orang-orang agama ini selalu tolong pakcik. Anak pakcik orang Islam pun tak datang tengok pakcik dah..
Dia semakin uzur. Satu malam tengah saya tidur di katil kosong sebelah kawan saya. Saya tengok doktor dan ramai pembantu pergi ke pakcik tadi..Rupanya dia sudah meninggal dunia..
Rupanya masih banyak kisah begini. Anak-anak rasa terpaksa jaga ibu ayah. Sehingga terpaksa letak ibu ayah ke tempat penjagaan orang tua. Dan bila masuk hospital sampai hati tak ziarah sehingga meninggal dunia..wahai anak-anak semua termasuk diri saya di mana hati kita? Mereka tidak minta tua dan sakit. Dulu kita sakit mereka cium-cium kita. Kita muntah atau cirit birit mak ayah kita bersihkan. Mereka menangis kasihan pada kita. Mereka bersihkan najis dengan mata bergenang kerana sayang. Mereka pujuk kita. Hari ni bila nasb mereka begini. Anak takut dan geli dengan ibubapa. Biarkan orang lain jaga. Jika kita anak geli bagaimana orang lain..Mereka akan buat lebih kurang.. Kita khidmat sambil marah-marah. Kita buat muka dengan orang tua. Berbincang siapa nak jaga mereka depan mereka. Seperti mereka tiada perasaan. Mereka mak ayah kita. Saya lihat banyak mak ayah terpaksa lupakan perasaan mereka demi anak-anak masuk syurga. Sebab anak-anak hari ini ramai yang tidak pandai jaga perasaan orang tua mereka...tidak tahulah masa akan datang. Anak hari ini tengok cerita remaja barat yang menunjukkan anak-anak perlukan kebebasan..Ibubapa jadi bahan ketawa dan gurauan. Orang tua bodoh. Orang tua kuno...Ya Allah maafkanlah kami.
Ibubapa jaga anak-anak sehingga anak berjaya dan mereka bahagia melihatnya.
Tapi anak-anak jaga mak ayah hanya tunggu sehingga ibubapa meninggal dunia. Itulah nilai cinta kasih sayang ibu dan ayah.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Wednesday, July 8, 2015

#9 Keadaan Ummat

26 Ogos 2014

Terharu saya lihat seorang lelaki yang berjaya dalam hidupnya. Setiap minggu balik ke kelantan lawat ibubapa...
Setiap kali dia dengar suara ibunya dalam telefon serak dia terus balik rumahnya...balik dgn flight..
Saya tanya abang memang kerap balik dari kl ni..jawabnya, saya balik semenjak dulu lagi. Dulu jumaat malam saya terus naik bas balik..walaupun cuma balik untuk cium tangan ibu bapa.
Bila saya cium tangan ibu bapa hati saya tenang ustaz...saya cium dahi, saya cium-cium mereka dengan rasa sayang dan doa supaya ya Allah berilah ibubapa saya sihat dan berilah syurga Firdaus buat mereka...saya minta mereka doakan saya..
Saya suka tanya mereka apa pun saya nak buat. Nama kedai. Nama anak. Baju apa nak pakai masa ada perkara penting..semuanya ustaz..
Saya mula hafal al-Quran kerana saya nak sukakan Allah. Dan nak tolong mak ayah saya di akhirat..
Berapa juz dah abang? 20 juz ustaz..umur abang berapa yer? 45 tahun..
Doakan saya ustaz...saya mula berniaga di tepi jalan. Tinggal di rumah kecil dan sebiji motor. Berkat doa mak ayah saya, kini saya ada 3 kedai..dan Allah mudahkan hidup saya.
Kredit to: ustaz Ebit Lew

Wednesday, July 1, 2015

#8 Keadaan Ummat

25 September 2014

Seorang datang jumpa saya. Ustaz, saya nak minta pendapat ustaz. Saya tak larat nak jaga isteri saya. Saya rasa macam tak kahwin. Dia tak hormat saya. Dia tak solat, tak didik anak saya solat. Tak jaga aurat dengan sempurna.
Kasar layanannya. Rasa macam kena dera. Sakit jiwa. Saya nak cari yang lain yang lebih baik. Minta nasihat..
Allah sayang abang. Abang dah bawa dia.pergi majlis Ta'lim atau majis ilmu ,abang bawa dia berada di jalan Allah belajar iman dan sunnah Nabi saw? Abang ada buat bacaan hadis di rumah?
Jawabnya belum lagi ustaz. Dia tak nak ustaz. Abang kena bersungguh ajak dengan sayang. Pujuk dia.
Dia jumpa saya tak lama kemudian, ustaz saya bawa isteri belajar iman dan sunnah beberapa hari di jalan Allah. Saya bawa ke ta'lim mingguan, saya buat talim dalam rumah. Dia berubah ustaz. Rasa macam pengantin baru. Macam baru kahwin semalam. Hari-hari macam pengantin baru. Masa baca hadis geram je tengok isteri. Lepas tahajud sama-sama geram jer. Bersih jer muka dia. Nur..cahaya..masa dia pakai purdah/niqab rasa macam sayang jer. Nak pegang kepala dia nak cium dahi dia..
Betullah ustaz. Bila mujahadah di jalan Allah. Yang susah jadi mudah. Dia pun rasa seronok. Isteri saya kata dulu abang macam king kong garang. Sekarang lemah lembut dan penyayang.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Kekasih Ku