Friday, December 14, 2012

Pergi jauh-jauh........

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Agar semua baik-baik hendaknya...

13.12.2012
Pukul 8.39 malam
Masjid Universiti Malaysia Pahang
tengah dengar taklim
lepas isyak,
handphone buruk kesayangan ku bergetar.....
ada panggilan masuk....
nombor dari indon....
bila angkat......
rupanya my beloved mother.....
mak tanya bila balik sabah....
19.1.2012
mak tanya lagi,bila  balik semenanjung....
3.2.2012....
mak senyap.....2 minggu jak...
yup,2 minggu jak....
nada suara mak mcm sedih(memang sedih pun).....
3 tahun tak balik.....
bila balik 2 minggu jak....
bila dengar rasa bersalah sangat.....
mak minta maaf ya.....
macam-macam alasan anak mak bagi....
kata nak buat PSM la....
nak siapkan report la.....
saya minta maaf tidak bagi tahu mak....
sebab sebenar.....
bulan 6 nie saya graduate......
dan maybe balik sabah bulan 11.....
anak mak nak jalan jauh lagi.....
minta mak jangan nangis-nangis......
mak tak bagi pergi....
mak larangan pergi.....
tapi anak mak tetap degil....
tetap juga pergi.....
4 month without khabar......
minta maaf mak.......
balik nie kena ikram mak and ayah....
supaya kali ni....
mak redha saya pergi jalan jauh-jauh.....
bila mak redha......
baru la hati tenteram.....
untuk pergi jauh-jauh....



Sunday, December 9, 2012

Nabi Adam a.s tetap sunyi tanpa Hawa walaupun dalam syurga?


Manusia ni wujud yang hatinya bersih lalu mengambil ia sebagai bahan ibrah(pengajaran) lalu amalkan mana yang belum di amal....

Tapi wujud juga manusia yang kotor hatinya lalu mengambil ia sebagai bahan ghibbah(umpatan) sesama kawan,lalu mereka jauh dari amal-amal yang solehah.....

Apa-apa pun,ada sesuatu yang aku rasa rugi kalau tak kongsi,rasanya dah pupus atau hampir pupus jenis-jenis wanita yang serahkan segalanya untuk suaminya,yang benar-benar faham maksud syariat menutup aurat,yang benar-benar faham maksud berhias dan lain-lain tentang seorang wanita solehah seperti yang kita baca dalam kitab-kitab agama,kisah-kitab wanita solehah terdahulu....

Disebabkan aku berada dalam suasana yang begini,maka golongan-golongan yang rasa "aku dah cukup solehah,aku pakai macam ustazah,aku pakai purdah" bagi aku masih, masih dan masih jauh dan jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan kesolehahan para wanita muslimah generasi awal islam seperti isteri para sahabat,para waliyullah.....

Kisah Bermula.....


Aku sebenarnya sangat suka perempuan yang pakai warna pink,tudung labuh pink dan purdah pink,sebab nampak ayu dan sangat cantik,walaupun berpurdah,hati ni akan tergugat lebih teruk daripada lihat wanita yang seksi(sebab tu aku marah perempuan purdah upload gambar dalam fb)dulu sebelum kawen,aku teringin nak isteri yang pakai purdah pink,so lepas aku kawen,aku belikan serba pink untuk bidadari ku....

bila aku hadiahkan pada dia,dia cuma diam dan tanya:

"kenapa abang beli semua serba pink?"

aku jawab sebab nak bagi dia pakai,sebab aku suka perempuan pakai pink....

dia tanya kenapa suka?

aku jawab sebab cantik...

kemudian dia diam....

dan akhirnya berkata,kalau macam tu,dia tak boleh pakai benda ni semua kat luar sana...

aku tanya kenapa??

dia jawab sebab nanti dia nampak cantik...kalau saya nampak dia cantik pakai pink tentu orang lain pun nampak cantik,dia tak nak cantik kepada siapa-siapa pun kecuali kepada saya......

saya pun diam.........tapi kecewa sebab dia tak nak pakai pink...lalu aku tanya pastu baju ni macam mana?

dia jawab...kan boleh pakai dalam rumah untuk saya sorang??

eh,eh,betul jugak.... :p
tak terfikir pulak....

so bermula lah tiap hari bila saya balik dari kelas,bidadariku akan sambut dalam keadaan pakai baju muslimah pink,tudung labuh pink dan purdah pink...hehehehe....

orang mesti ingat aku gila suruh isteri pakai purdah dalam rumah...

tapi hakikatnya,orang yang pakai purdah pink,biru,putih dan warna-warna  selain warna suram,kusam,muram tu semuanya nampak cantik,jadi maksud dari "menutup aurat" tu masih belum sempurna...

bidadariku tidak memahami "menutup aurat" sebagai menutup badan dengan kain seperti majoriti makhluk bernama wanita zaman sekarang...

tapi beliau memahami syariat "menutup aurat" sebagai menutup badan dari pandangan lelaki ajnabi seperti yang difahami majoriti wanita solehah zaman dahulu kala.......

note: seluruh dunia ini terlaknat,seluruh perhiasannya terlaknat kecuali isteri yang solehah,nikmatnya lebih besar dari semua perhiasan syurga kerana semua nikmat wujud dalam syurga,tapi nabi adam tetap sunyi tanpa hawa,jadi isteri yang solehah itu lebih nikmat dari seluruh nikmat syurga..... :)


P/s:Copy dan Paste dari Ustaz Ibnu Batoota.....

P/s:Sekarang baru faham....what meaning of purdah!!!
P/s:Wanita yang pakai serbah pink memang nampak....sweet sangat....!!!woha2x

Friday, November 23, 2012

Ahlia.....?Miskin atau Kaya?

Sekarang musim cuti sekolah,
banyak orang nak buah masjid,
nak pasang tangga pada rumah,
nak tambah sayap untuk terbang lagi jauh,
maka itu,
banyak kad jemputan walimah diterima,
sms pun tidak kurangnya,
lagi jimat post di FB or Blog...

Di pagi-pagi buta...
Tengah yang lain sibuk membuta,
Rasa tergerak untuk baca buku,
buku Fadhilat Sedekah jadi santapan,
untuk menghibur hati yang duka,
duka sebab penuh kebesaran dunia,
cinta pada makhluk bernama wanita,
sedangkan wanita itu penuh fitnah,
Fadhilat Sedekah jadi rujukan,
untuk dapat nasihat dan amaran....
betapa hina cinta pada dunia,
baca punya baca,
terbaca pasal wanita dan nikah,
memang terkejut dan tak sangka....
ada nasihat dari ulama...
ingin juga ku kongsi bersama.....
teman dan rakan seusaha...
ayatnya ringkas tapi bermakna...

Ulama menulis bahawa seseorang itu HENDAKLAH mengahwini orang miskin dan tidak patut memilih anak orang kaya sebagai bakal isterinya.Kerana bila kahwin anak orang kaya akan terperangkap dalam 5 jenis musibah:
  1. Mesti membayar mas kahwin yang tinggi
  2. Berlaku kelewatan dalam upacara RUKHSATI(pengantin perempuan tinggalkan rumah bapanya untuk bersama suaminya).
  3. Susah nak terima perkhidmatan daripadanya.
  4. Perlu sediakan perbelanjaan yang besar.
  5. Akan menjadi halangan dari menceraikannya,kerana tamak akan hartanya.
Dikatakan juga....

4 perkara isteri harus berada diparas rendah daripada suaminya:
  1. Usia
  2. Tubuh
  3. Harta
  4. Kebangsawanan
4 perkara isteri harus berada diparas tinggi daripada suaminya:
  1. Rupa
  2. Adab
  3. Taqwa
  4. Tabiat
Jika tidak,maka suami akan dipandang hina.

Woha,banyak doa.....jaga iman,jaga amal,jaga akhlak.....dan buat aku yang hina lagi dina kena jaga mata....

Reference: Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariya Rah.,Fadhilat Sedekah,M/S 890.

p/s:Moga saya dan tuan-tuan dapat amal dan sampaikan...woha

Wednesday, November 7, 2012

Dakwah hanya di masjid?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1234.......
abcd........

Tiap masa kena usaha atas iman....
iman kena usaha 24 jam....
kalau iman nak meningkat....
guna mata lihat kebesaran allah....
guna telinga dengar kebesaran allah....
guna mulut cakap kebesaran allah....
guna akal fikir kebesaran allah...
baru iman akan meningkat....

Cakap kebesaran allah...
bukan di masjid saja....
tetapi...
every where you go...
always say about the almighty of allah...
baru iman akan meningkat....

Today ...
saya dapat tahu one thing.....
Sheikh  Yusuf al-Qardawi says..... 
"Barang  siapa yang memenjarakan islam.....
 di pagar-pagar masjid.....
maka sesungguhnya.......
dia telah menyempitkan islam"
Memang tepat dan memamg benar  sikit pun tidak salah.....

But one think I want to say....
Kalau anda nak faham kena keluar....
ok....
Tidak payah cakap banyak-banyak.....
Tidak payah dalil dan hadis....
Kefahaman Allah akan bagi bila anda sedia berkorban.....

Dulu....
Saya cuba nak bagi...
orang lain faham tentang usaha agama nie....
bila fikir balik...
saya pun tidak faham juga sebenarnya....
jumpa satu pak cik....
dia bagi tahu....
nak faham tuan kena buat pengorbanan......
bila sudah buat pengorbanan.....
jangan dilihat  pengorbanan yg TELAH di buat
tapi 
lihatlah benda yg BELUM anda korbankan....

Tidak sabar nak habis Universiti....
Benci teramat pada suasananya.....
Pergaulan lelaki dan wanita....
Mata tidak dapat jaga.....
Penuh dengan kebosanan dan  kesedihan....
Kurangnya kerisauan akhirat....
fikir dunia yang melampau....
Tension......stress......
Akhir kata....
duniakan sendah gurau.....
relax-relax suda bha.....
woha2x.....


P/s: Rindu sangat nak balik sabah.....
bebas dari suasan politik yg penuh tipu daya.....
bebas dari kepopong kesunyian......
Sudah 3 thn tidak balik....
Woha....rindu family saya....especially my mother

Wednesday, October 24, 2012

Usaha atas Student? Fikirman or Fikirwoman....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Blog nie agak bersawang dan bersepah,lama sangat tidak update....faham saja la,empunya blog perasan sibuk....sibuk denagan URDU(urusan dunia).Moga Allah ampun dosa saya kerna sibukkan diri dengan urusan dunia......:-(

Buat usaha agama masa student memang best...best sangat!!
Penuh pahit dan manis,masam dan masin,suka dan duka,sedih dan gembira.
Penuh mujahadah dan pengorbanan,
Bermacam ujian dan cobaan....
Sebab nak jadikan kita semua daie yang kuat....
Daie yang tahan lasak...
Daie yang pada dirinya hanya ada pergantungan pada Allah...
ada yang Allah uji dgn pelajaran(dalam hati dah tidak ada perasaan nak study)...
mak bapa pun ada yang tidak suka....
ada pula masalah keperluan(masa nak keluar).....
ada masalah wanita(market sangat)....
ada yang diuji dengan kawan-kawan(kena pulau rakan sekelas)....
dan macam-macam la....
semua masalah Allah bagi...
dan insyallah....penyelesaian pun Allah yang bagi....
cuma Allah nak tengok kesanggupan kita untuk berkorban untuk agama Allah...

Bila ada pengorbanan dan mujahadah...
Barulah rasa kemanisan dan kecintaan...
Walaupun tidak seramai atau sehebat usaha yang lain....
Walaupun minoriti....
Walaupun selalu kena hina dan sindir....
Just abaikan...
Kita buat sebab ini adalah tanggungjawab.....
Just move forward...dan jangan dah pandang kebelakang...
Apa orang nak cakap...kita ignore jak la!!!
Lantak orang nak cakap apa?
Jahil....
Ketinggalan zaman....
Kolot...
Premitif.....
Selekeh....
Jumud....
Yakin lah,suda tidak ada jalan lain lagi.....hanya jalan ni saja...jalan Rasulullah s.a.w sajalah akan bawa umat ni....kepada keredhaan Allah.
Cara lain?
yahudi...
nasrani...
majusi....
dan cara yang kita fikirkan dengan akal fikiran pun.....
semua tidak bawa kejayaan....
This is not the best way...ok.
But this the only way.....woha2x

Akhir kata,majulah sukan untuk negara majulah agama kerana dakwah....woha2x...

P/s: Bila di tempat anda ada usaha or fikrah yang lain...itu bukan satu halangan,tapi itu adalah peluang...Always thinks positive,hidayah milik Allah.Doa untuk mereka....ok

P/s:Nasihat dari orang tanggungjawab student kata U saya "Walaupun dia buat usaha or fikrah yang lain,if dia betul-betul nak bantu agama Allah....one day,before dia meninggal dunia,insyallah... Allah akan ambil dia buat usaha yang hak ni....but kita yang dah buat usaha ni,kalau buat usaha main-main,takut-takut Allah akan buang kita dalam usaha ni....so,hari-hari kena doa pada Allah,minta pada Allah.... pilih,terima, majukan, istiqamahkan sampai kiamat dan matikan dalam kerja agama"

P/s:Jangan fikir masturat tinggi sangat....ok.Nie pun masalah gak pada fikirman....sebab fikir tinggi sangat till nak jadi fikirwoman.....woha2x

Semua azam...insyallah!!!



Wednesday, September 19, 2012

Dari kerana mata,aku tergoda?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Betul la kata pujangga.....
Mata itu tipu daya.....
Sebab dari mata turun ke hati....
Dan sebab mata lah aku tergoda....
Tergoda dan tertipu dengan benda yg sementara....
Alhamdulillah....
Malam ini,aku terselamat dari tertipu lagi....
Bila tengok dari jauh,masyallah hebat sungguh ciptaan Allah....
Bila tengok dari dekat,masyallah moga Allah pelihara aku darinya....
kerna dia adalah fitnah terbesar buat saya....
sangat bahaya kalau tidak menjauhinya....
sebab saya bawa nama agama....
moga Allah jauhi saya dari si dia...
yang sentiasa mengusik jiwa....
sampai jiwa jadi gundah gulana....
woha2x...

Ingatlah...
Jodoh tak lari ke mana.....
umpama maut mengejar mangsanya.....
just focus to dakwah n study.....
jangan kau ambil yang ketiga....
kerna dia penuh tipu daya....
dah ramai yang terkena....
dah ramai yg menderita.....
kerana bahana cinta mahluk....
yg bersifat sementara.....

Just relax n cool...
moga seluruh rakan seusaha......
dijauhi oleh fitnah wanita.....
yakinlah.....
Allah will give us the best among the best......
sebab anda semua adalah makhluk terbaik...
yg buat kerja yg paling mulia...
woha2x....

Lastly.....

Pesan dari rakan seusaha....
"Awak takkan dapat hakikat solat,kalau awak tidak jaga pandangan mata"

Pesan Hamka Kereta Mayat.....
"Suami tidak dapat rasa nikmat bersama dgn istri,kalau tidak jaga pandangan mata"

Pesan saya.....
"Jagalah pandangan mata anda,dikhuatiri.....anda tak dapat nak tengok benda yg berhak awak nampak,disebabkan awak menyalahgunakan pandangan anda"yang faham alhamdulillah.....yang tidak faham....just lupakan!!!

Just nak mention....dari HATI ini......saya RINDU mak saya!!!



Monday, August 20, 2012

1st Time in My Life!!!

Nie pula 4 year ago....latest tidak ada pula=D
Salam Syawal dan lebaran....

1st buat mak ayah,
anak mak nie minta maaf banyak-banyak,
selalu buat mak nangis,
selalu tidak dgr cakap mak,
keras kepala banyak sangat,
dosa pun banyak pada mak and bapa....
anak mak dah 2 kali tidak balik raya....
1st raya jalan Allah...
2nd raya di UMP....woha.
walapun mak selalu tanya..."balik tak raya nie?"
bukan tidak nak balik...
but....
ada citer yang semua orang takkan faham bila saya citer....
may be one day.....
saya akan citer kat anak istri...
biar mereka tahu apa itu pengorbanan...
serius saya katakan.....
rasa sebak di dada...
bila dgr takbir raya....
rasa bersalah pada mak sbb tidak balik...
rasa nak peluk mak dan cium pipi mak & ayah...
dan kali nie keluarga kita raya berpisah-pisah semua......
mak & ayah kat Kalimantan,Indonesia....
adik dan abang kat Tawau,Sabah....
dan anakanda kat Pahang....
Lastly,maaf sekali lagi.....
dari hujung kaki ke hujung rambut...
halalkan makan dan minum....


2nd to my friends.....
maaf banyak-banyak...
sekali lagi raya diperantauan....
lama sangat tidak jumpa korang....
sms,call,YM dll......
semua jarang-jarang....
kalau korg raya dengan ayam masak likkuk dan buras...
aku raya dengan maggi perisa tomyam...
best giler...1st time in my life......
but syukurlah dengan nikmat yg ada....
but terus terang  dari hati aku ucapkan....
maaf zahir dan batin....
selalu gurau lebih-lebih,
selalu buat masalah lebih-lebih....
faham sahaja pelajar bermasalah.....
woha.....

Selamat Hari Raya.....buat semua umat Islam....

Nie raya 3 tahun lalu...



Friday, June 15, 2012

Hari ini saya yang punya!!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Kenapa perlu menunggu sampai ke petang,kalau anda berada dipagi hari...


Kenapa perlu memikirkan hari semalam yang penuh dengan masalah dan keburukan atau dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan!Anggaplah kita hidup hari ini saja....So,kenapa perlu risau pasal semalam or hari esok?


*Adakah sebab pakwe or makwe,tinggalkan kita....kita nak sedih selamanya?
*Adakah sebab tidak dapat jawab paper exam....kita nak berduka selamanya?
*Adakah sebab jatuh basikal semalam kita nak bersedih hari ini?
*Adakah sebab kita dapat ushar awek usrah semalam kita nak bergembira hari ini?
*Adakah sebab lamaran kita ditolak semalam kita nak bermuram hari ini?


Wei,come on la...bro
So,wake up.....dan ambil wudhu....ok


Hari ini kita yang punya.....bha..
Kita sama-sama azam,untuk buat segala kebaikan....
Kita azam agar hari ini tanpa kekecewaan,kemarahan dan kebenciaan.Jadikan hari ini,paling bahagia buat diri kita!!


Woha!!!


Aku hanya hidup hari saja,maka ucapkanlah.....


"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai,tenggelamlah seperti mataharimu.Aku tidak akan pernah untuk meratapimu,dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.Kerna aku tahu kamu telah berlalu dan tidak akan kembali kepadaku!"


"Wahai masa depan,engkau masih dalam keghaiban!Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.Aku pun tidak akan memburu sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat diciptakan."


Selamat tinggal masa lalu dan selamat datang masa depan....


Masa lalu yang best sangat...Sweet Memory...
P/s:Sedih giler...tidak dapat duduk mana-mana Ijtimak dan lagi sedih bila tidak dipilih untuk keluar di jalan Allah.....

Monday, June 11, 2012

EXAM RULES yang entah apa-apa?


Attention to all BMM3563 students,

There are minor changes regarding the open book rule for this examination.
For your final examination, you are ALLOWED to bring any materials (textbooks, photocopied textbooks, notes, slides etc) into the examination hall. Except laptop, tablet, smartphones, and other electronic devices. The "one textbook and one A4 note" rule is cancelled.

Thank you for your attention, and all the best.

By:Azim Arsyad

Bila dengar rules macam nie,terkejut sangat....1st time dalam sejarah exam kat UMP dan 1st juga dalam hidup ini....kita lihat soalan dia susah ka tau senang?

P/s:Doakan saya...last paper tapi soalan macam susah sangat..Woha...Yang bagi senang Allah,yang bagi susah pun Allah....

Saturday, April 28, 2012

Sapa yg Bijak?

Salam...123,abc.alifbata...woha...


Pertanyaan
Apakah amalan Allah s.w.t akan tanya 1st sekali di Padang Mashyar?


Siapa tahu tolong jawab dgn kadar segera...


Penegasan
Bila awak dah tahu jawapannya,kenapa nak sibuk usaha benda lain?


Sibuk berhimpun....1.0,2.0 & 3.0


Sibuk berdemo....demostrasi,demo AUKU la,demo harga minyak naik la,macam-macam demo la...


Perasan sibuk...pula tu...


Conclusion
Bak kata Hamka Kereta Mayat....Kalau sembahyang Allah reject or tolak,secara automatik amalan lain Allah akan tolak...sedekah,haji,puasa zakat,zikir dan Khalifah Islamiah pun Allah akan tolak,negara islam pun kena tolak gak.


Itu baru bab solat...kalau bab iman... lagi la...ada syirik 0.001% pun Allah s.w.t tak terima....


Tambahan
Khalifah Islamiah itu adalah hadiah dari Allah,bila mana yakin umat islam dah betul pada Allah,bila umat islam dapat amal agama dengan sempurna...


So,jangan nak perasan sibuk nak bentuk negara Islam,tapi diri sendiri tidak dapat nak amal agama secara sempurna....









Friday, April 20, 2012

Apa itu cinta?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Percubaan 123,abc,alifbata.....
Dekat sebulan lebih tak tulis entry....


Satu orang telah tanya kepada penulis...


Penanya:Apa itu cinta?


Penulis: Cinta itu pengorbanan...


Penanya:Maksudnya?


Penulis:Kesanggupan anda untuk buat pengorbanan untuk benda atau orang yang awak cintai...


Penanya:Contohnya?


Penulis:Kalau awak cinta pada agama,maka bersedialah untuk korban diri,masa dan harta awak untuk memperjuangkan agama dan perkara yang sama kalau awak cinta pada seorang wanita,awak kena korbankan diri,masa dan harta awak untuk meraih cintanya...


Conclusion of cerita....


Ijtimak dah dekat....banyak lagi takazah yang tak disempurnakan.Kalau tuan-tuan cinta pada agama maka korbankanlah diri,masa dan harta tuan-tuan untuk keluar dijalan Allah.


Fadhilat:
-Sepagi atau sepetang dijalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya.
-Sehari dijalan Allah lebih baik dari seribu hari yang lain.











Wednesday, February 29, 2012

Persoalan yang saya tak reti nak jawab???

Satu perbualan antara bapa dan anak perempuannya....

Bapa : Kenapa ya,abah lihat,anak-anak perempuan orang PAS bila buat usrah di universiti mereka buat sungguh-sungguh?...tapi malangnya susah nak jumpa anak-anak perempuan karkun yang buat usaha masturat di universiti?

Anak : Ermm.....entah lah, abah?

Maka kecelaruan bagi si anak,kerana dia merasakan  bapanya cuba  menyindirnya secara sinis,walaupun sinis tapi dalam maksudnya,terguris hatinya...kerana dia tahu,dia pun anak karkun juga...

Dan dia telah bermonolog pada dirinya"Kenapa usaha masturat dalam kalangan student perempuan tidak ada dan kalau ada pun lemah sangat?Kenapa usaha masturat dalam kalangan student perempuan tidak serancak usaha student lelaki?"

Dia tertanya-tanya...sambil tercari-cari jalan untuk persoalan yang timbul.Tapi dia buntu,untuk mencari solusi yang sebenar...

P/s:Bila ada seseorang tanya pada saya....saya punya cakap.....ermm...entah lah...( sebab tidak tahu nak jawab apa)....woha!!!

P/s:So...ada syor tak?

P/s:Tiada niat untuk memecah-belahkan sesiapa!

Tuesday, February 7, 2012

Muzakarah 6 sifat bersama suami dan istri?


Setiap sahabat Nabi Muhammad SAW ada berbagai bagai sifat yang tersendiri, seperti Saidina Abu Bakar yang lembut, saidina Umar yang keras, saidina Usman yang pemalu dan Saidina Ali yang tegas serta lain lain sahabat, namun, ulamak telah membuat kajian bahawa pada semua sahabat Nabi, ada enam sifat yang unggul dalam diri mereka..

Kita semua tahu bahawa, Kejayaan Umat ini , adalah apabila kita berjaya mengikut jejak para sahabat r.a kerana mereka adalah golongan yang dicintai Rasulullah SAW, mereka juga telah dapat ‘pangkat’ Radiallahuanhu waradhu-an , yakni mereka redha Allah sebagai Tuhan, dan Allah telah redha mereka sebagai hamba. (rujuk Al quran) oleh sebab itu, kita sebagai umat pada Nabi yang sama, macam mana nak dapat redha Allah?, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A..

Umumnya, Sahabat Nabi Muhammad SAW ada 6 sifat yang unggul, iaitu 1.Iman, 2.Ibadat 3.Ilmu 4.Akhlak 5.Niat, 6.Dakwah ..

Kalau aku tulis dalam bentuk point, 6 sifat sahabat adalah:- 
  1. IMAN (Yakin Hakikat Kalimah La Ila Ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah)
  2. IBADAT (Yakin Hakikat Solat Yang Khusyuk Dan Khuduk)
  3. ILMU (Yakin Hakikat Ilmu Dan Hakikat Zikir)
  4. AKHLAK (Yakin Hakikat Ikramul Muslimin)
  5. NIAT (Yakin Hakikat Ikhlas)
  6. DAKWAH ( Yakin Hakikat Tabligh)
Perlu di ingat, Enam sifat sahabat R.A tersebut bukan merupakan agama yang sempurna, karena agama yang sempurna terkandung dalam al quran dan al hadith, tetapi apabila enam sifat para sahabat tersebut ada dalam diri kita maka InsyaAllah, ianya akan memberikan kemudahan kepada kita untuk mengamalkan agama secara sempurna.., InsyaAllah... 
(Habis review)

Dialog Suami Istri yang amat berguna untuk tingkatkan iman...
 Laki Bini yang sedang tanam pokok.., tangan masih berjalan buat kerja pemangkasan hujung ranting..., lalu aku ambil satu ranting yang dah terpotong, lalu mengoyangkan ranting itu sehingga daunnya gugur lalu berkata:

“wahai isteriku,yang ku cintai!mengapa kamu tidak bertanya,kenapa abang buat begini?"

Isteri ku tersenyum dan terus buat kerja, lalu aku menyambung.. .

“Beginilah Rasulullah lakukan dihadapan sahabatnya yang bernama Salman r.a, semasa Salman r.a bersamanya dibawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon lalu mengongcang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya baginda bersabda,"wahai Salman ! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat begini?"kataku"khabarkanlah kepadaku."Sabda nabi s.a.w,"Bahawasanya apabila seseorang Islam mengambil wudhuk dengan sempurna,kemudian ia melaksanakan solat lima kali pada setiap hari, maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Bini aku menambahkan senyuman, tangan sibuk membasuh pasu lama, lalu mendepakan tangan dan mengoyangkan jari sebagai isyarat agar aku hulurkan sisa sisa pasu pecah untuk dijadikan lantai pasu lama..

Aku terus menyambung cerita..

“Sayang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANGmerupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..."

Bini aku angguk angguk, bermakna dia sudah tahu.. .

“begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita...”

Bini aku angkut pasu yang sudah di isi serpihan batu lalu bawa ke hujung pagar, aku mengikut dari belakang sambil mendukung beberapa bungkusan anak pokok, dan aku sambung bercerita..
AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

Aku sambung lagi:

“Hadith riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula amalan SUNNAH dalam diri”

Bini aku angguk, dan ambik pisau lalu hiris bahagian bawah plastic perlahan lahan sedang aku memegang bahagian atas plastic.., mulut aku masih lagi berkata-kata:

BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT  dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklah dahan..”

Akar pokok bungapun terdedah, bini aku dekatkan pasu lalu aku letakkan anak pokok itu ke dalam pasu yang mana bini aku sudah siap-siap mencampurkan isi pasu itu dengan baja dan pasir..

Aku menyambung lagi:

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tak boleh jadikan sebagai tempat bereduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR

Bini aku menyiram sedikit air untuk mengkedapkan tanah, apabila tanah itu semakin turun, aku campur pula dengan bahan tanah yang telah di gaul bersama baja organic serta pasir. Lidah aku terus bergerak-gerak...

BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalahKEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

Bini aku terus merumpai tanah bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Aku pula melakukan kerja-kerja penggemburan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur. Sesekali aku membelek hujung daun kerana takut ada serangan serangga perosak yang dikenali sebagai kutu daun (aphids) dan koya (mealybug)., dan aku menyambung lagi..

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

Wah, bini aku nampaknya kagum dengan penerangan aku tentang 6 perkara pada pokok dan kaitannya dengan sifat sahabat lalu berkata:

“Saya ingat, esok kita beli lagi enam anak pokok dan pasu barulah bang, tak balance kedudukan hiasan pokok ni”

Woha!!! 

kredit to keretamayat....

P/s:Yang dah kahwin,bole try amalkan.Bagi yang belum pula,cepat-cepatlah kawin dan amalkan,tidak pun try la praktik dengan kawan-kawan atau saudara di rumah....insyallah,barulah wujud suasana agama dalam keluarga.Selamat mencuba...

Kekasih Ku