Friday, July 31, 2015

Ibu vs Isteri ?

23 Ogos 2014

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...
Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.
Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...
Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.
Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.
Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Sunday, July 26, 2015

Ujian dan Dugaan??

KENAPA AKU DIUJI ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ???
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST & STRESS ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

InsyaAllah ayat-ayat di atas boleh menjadi panduan buat kita semua yg selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan.

Alhamdulillah.

Friday, July 24, 2015

#11 Keadaan Ummat

25 Ogos 2014
Berbual dengan seorang bukan agama Islam 2 hari lepas Syukur saya ajar dia syahadah di sebuah gerai makan.
Dia cerita pada saya maknya sakit tenat. Dia sangat sayangkan maknya. Dia tidak percaya tuhan. Tapi baru ini bila mak dia sakit tenat. Dia paling jahat, gengster dan anak paling degil dalam ahli keluarganya. Dia tanya bagaimana nak ubat maknya sebelum ini...
Jawab saya' abang minta pada tuhan. Tapi kepada tuhan yang satu. Seluruh masalah hidup saya Allah telah beri jalan keluar. Jalan keluar yang tidak pernah disangka-sangka. Allah akan beri keputusan yang buat hati kita gembira. Kerana kita sudah berdoa...masa doa pun sudah tenang.
Abang percaya tuhan Allah?.
Saya percaya itu sebenarnya memang satu tuhan. Tuhan Allah. Langit bumi itu semua tuhan punya..
Kedua abang mesti bawa duit sedekah tolong orang. Nanti tuhan tolong kita..sedekah buat umur kita bertambah..
Ustaz, tolong doa mak saya. Mak saya sihat, saya masuk Islam.
Kata saya abang pun doalah..
Mak dia ditakdirkan Allah baru sihat 2 hari lepas. Dia nak masuk Islam.
Betul lah itu tuhan Allah sudah tolong. Saya sudah doa pada tuhan Allah. Saya juga bagi duit. Tuhan tambah umur lah dan bagi sihat.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Tuesday, July 14, 2015

#10 Keadaan Ummat

26 Ogos 2014
Menangis lihat seorang pakcik tua sakit lama dan meninggal dunia di hospital tanpa diziarahi oleh anak-anaknya...
Semasa saya khidmat di sebuah wad menjaga sahabat saya yang sakit.
Saya lihat ramai pendeta agama lain memberi khidmat kepada pesakit...
Ada seorang tua dekat 90 tahun dijaga, dibersihkan, diuruskan, dimandikan oleh sekumpulan pendeta itu..saya cuba dekat dengan pakcik tadi dan belajar buat apa yang pendeta itu buat. Saya suapkan pakcik tadi makan..dan saya berbual dengannya..saya belajar bantu mana-mana yang termampu.
Pakcik tinggal mana. Saya duduk di situ sudah 3 hari tapi tiada sesiapa menziarahi pakcik tu. Dia pun ceritakan mengenai anak-anaknya. Dia dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya kerana risau ayahnya tidak dapat jagaan jika duduk kampung. Selalunya begitulah bisikan syaitan.Dengan pelbagai penyakitnya. Anaknya cuma datang ambilnya sekali sekala masa hari raya. Itupun lama kelamaan seorang pun tak ambilnya lagi.
Semenjak dia di hospital, kata nurse tiada siapa menziarahinya. Dia keseorangan dan dibiarkan. Dia selalu kata baik orang-orang agama ini selalu tolong pakcik. Anak pakcik orang Islam pun tak datang tengok pakcik dah..
Dia semakin uzur. Satu malam tengah saya tidur di katil kosong sebelah kawan saya. Saya tengok doktor dan ramai pembantu pergi ke pakcik tadi..Rupanya dia sudah meninggal dunia..
Rupanya masih banyak kisah begini. Anak-anak rasa terpaksa jaga ibu ayah. Sehingga terpaksa letak ibu ayah ke tempat penjagaan orang tua. Dan bila masuk hospital sampai hati tak ziarah sehingga meninggal dunia..wahai anak-anak semua termasuk diri saya di mana hati kita? Mereka tidak minta tua dan sakit. Dulu kita sakit mereka cium-cium kita. Kita muntah atau cirit birit mak ayah kita bersihkan. Mereka menangis kasihan pada kita. Mereka bersihkan najis dengan mata bergenang kerana sayang. Mereka pujuk kita. Hari ni bila nasb mereka begini. Anak takut dan geli dengan ibubapa. Biarkan orang lain jaga. Jika kita anak geli bagaimana orang lain..Mereka akan buat lebih kurang.. Kita khidmat sambil marah-marah. Kita buat muka dengan orang tua. Berbincang siapa nak jaga mereka depan mereka. Seperti mereka tiada perasaan. Mereka mak ayah kita. Saya lihat banyak mak ayah terpaksa lupakan perasaan mereka demi anak-anak masuk syurga. Sebab anak-anak hari ini ramai yang tidak pandai jaga perasaan orang tua mereka...tidak tahulah masa akan datang. Anak hari ini tengok cerita remaja barat yang menunjukkan anak-anak perlukan kebebasan..Ibubapa jadi bahan ketawa dan gurauan. Orang tua bodoh. Orang tua kuno...Ya Allah maafkanlah kami.
Ibubapa jaga anak-anak sehingga anak berjaya dan mereka bahagia melihatnya.
Tapi anak-anak jaga mak ayah hanya tunggu sehingga ibubapa meninggal dunia. Itulah nilai cinta kasih sayang ibu dan ayah.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Wednesday, July 8, 2015

#9 Keadaan Ummat

26 Ogos 2014

Terharu saya lihat seorang lelaki yang berjaya dalam hidupnya. Setiap minggu balik ke kelantan lawat ibubapa...
Setiap kali dia dengar suara ibunya dalam telefon serak dia terus balik rumahnya...balik dgn flight..
Saya tanya abang memang kerap balik dari kl ni..jawabnya, saya balik semenjak dulu lagi. Dulu jumaat malam saya terus naik bas balik..walaupun cuma balik untuk cium tangan ibu bapa.
Bila saya cium tangan ibu bapa hati saya tenang ustaz...saya cium dahi, saya cium-cium mereka dengan rasa sayang dan doa supaya ya Allah berilah ibubapa saya sihat dan berilah syurga Firdaus buat mereka...saya minta mereka doakan saya..
Saya suka tanya mereka apa pun saya nak buat. Nama kedai. Nama anak. Baju apa nak pakai masa ada perkara penting..semuanya ustaz..
Saya mula hafal al-Quran kerana saya nak sukakan Allah. Dan nak tolong mak ayah saya di akhirat..
Berapa juz dah abang? 20 juz ustaz..umur abang berapa yer? 45 tahun..
Doakan saya ustaz...saya mula berniaga di tepi jalan. Tinggal di rumah kecil dan sebiji motor. Berkat doa mak ayah saya, kini saya ada 3 kedai..dan Allah mudahkan hidup saya.
Kredit to: ustaz Ebit Lew

Wednesday, July 1, 2015

#8 Keadaan Ummat

25 September 2014

Seorang datang jumpa saya. Ustaz, saya nak minta pendapat ustaz. Saya tak larat nak jaga isteri saya. Saya rasa macam tak kahwin. Dia tak hormat saya. Dia tak solat, tak didik anak saya solat. Tak jaga aurat dengan sempurna.
Kasar layanannya. Rasa macam kena dera. Sakit jiwa. Saya nak cari yang lain yang lebih baik. Minta nasihat..
Allah sayang abang. Abang dah bawa dia.pergi majlis Ta'lim atau majis ilmu ,abang bawa dia berada di jalan Allah belajar iman dan sunnah Nabi saw? Abang ada buat bacaan hadis di rumah?
Jawabnya belum lagi ustaz. Dia tak nak ustaz. Abang kena bersungguh ajak dengan sayang. Pujuk dia.
Dia jumpa saya tak lama kemudian, ustaz saya bawa isteri belajar iman dan sunnah beberapa hari di jalan Allah. Saya bawa ke ta'lim mingguan, saya buat talim dalam rumah. Dia berubah ustaz. Rasa macam pengantin baru. Macam baru kahwin semalam. Hari-hari macam pengantin baru. Masa baca hadis geram je tengok isteri. Lepas tahajud sama-sama geram jer. Bersih jer muka dia. Nur..cahaya..masa dia pakai purdah/niqab rasa macam sayang jer. Nak pegang kepala dia nak cium dahi dia..
Betullah ustaz. Bila mujahadah di jalan Allah. Yang susah jadi mudah. Dia pun rasa seronok. Isteri saya kata dulu abang macam king kong garang. Sekarang lemah lembut dan penyayang.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Monday, June 22, 2015

#7 Keadaan Ummat

17 Januari 2014

Seorang mengadu segala apa yang diusahakan tidak pernah menjadi.Hidupnya susah. Dia tanya kenapa? Adakah dosanya terlalu banyak..
Saya rasa nak menangis kerana kita tidak tahu rahsia dan kebaikan untuk segalanya..Tapi Allah sayang kita pasti dia melakukan demi kebaikan kita..
Dia mula meluangkan masa solat berjemaah 5 waktu di Masjid..Dia melapangkan masa beberapa hari keluar di jalan Allah...
Setelah pulang, dia mula menghidupkan amalan dalam rumahtangga. Mula belajar cerita kisah Nabi dan sahabat pada keluarga...
Mula bersedekah dan melihat orang lain yang lebih susah..
Kini katanya dia ketawa dengan kehidupan yang telah berlalu. Saat dia berusaha dekat diri pada Allah. Semua masalah kelihatan kecil..tidak seorang kerana Allah Raja kepada segala raja bersama kita.
Katanya susah kerana cinta dunia, kaya, penghormatan manusia sangat sengsara. Tapi kesusahan demi Islam dan agama menjadi kenikmatan dan manis sangat rasanya.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Monday, June 15, 2015

#6 Keadaan Ummat

19 Januari 2014

Teringat seorang guru saya selalu berdoa dan minta orang alim doakannya, Ya Allah pilihlah beliau untuk meninggal ketika berada di jalan Allah dan menghidupkan amalan Islam di seluruh dunia..
Akhirnya beliau meninggal ketika memakmurkan Masjid...Selepas pencen beliau telah habiskan semua simpanannya untuk kerja dakwah...
Semua orang risau lihat anaknya. Tapi kerana isteri dan anak-anaknya telah dididik dengan iman dan Allah pelihara. Kini anaknya seramai belas orang sangat rajin dan cerdik serta berjaya dalam apa yang mereka ceburi dengan izin Allah..
Bagaimanalah saat akhir hidup kita? Allah suka atau murka..?Siapa yang selalu fikir dan berusaha hari ini mereka akan selamat di kemudian hari. Saat pertemuan kita dengan Allah...Lihat saat pertemuan kita dalam solat. Kita benar-benar kosongkan hati kita selain dia atau tidak?
Saad b Muaz ra setelah meninggal dunia. Ketika beliau cedera beliau dipeluk oleh Rasulullah dan darahnya kena kepada Baginda saw. Saat beliau meninggal Abu Bakr ra dan Umar sedih.
Ketika itu Rasulullah saw bersabda telah dibuka pintu langit untuk Saad, disiapkan sebuah singgahsana.
Bergetarlah arasy Allah atas kematian Saad ra.(sahih Bukhari Muslim)
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Monday, June 8, 2015

#5 Keadaan Ummat

5 Februari 2014

Kematian seorang Daie menjadi sumber hidayah yang besar kepada umat...
Rindukan 2 orang guru sebuah mrsm yang meninggal ketika sedang berdakwah di jalan Allah. Saya sangat rapat dengan keduanya...
Pernah satu hari kami bersama-sama menziarahi seorang pelajar universiti yang ingin belajar agama tapi tidak mendapat kebenaran ibubapanya. Saya dan guru tadi cuba menerangkan betapa ramai anak muda ingin menjadi penyanyi. Tapi sudah tiada yang ingin menjadi Daie betapa bertuahnya mak ayah mereka...Kami sampai rumah 2 pagi malam tu.
Salah seorang guru yang saya sayang itu meninggal ketika sedang keluar di jalan Allah dan berjauhan dari keluarga sepanjang cuti sekolah. Dia meninggal ketika hendak solat asar. Keluarga yang jauh..
Kesannya pada sekolah itu setahun kemudian dengan asbab dakwah cara Nabi saw. Semua orang akan terkejut kerana sekolah itu berubah suasananya. Pelajarnya penuh dengan sunnah Nabi saw. Penuh suasana dakwah. Di mana sahaja pelajar semuanya cakap kebesaran Allah. Setiap kali lepas solat saya lihat semua pelajar menangis semasa berdoa.
Mereka beli dulang dan suka makan dalam dulang bersama-sama. Semua pelajar suka untuk pakai serban. Anak orang kaya yang manja dan malas berubah menjadi seorang yang sangat teguh dalam bangun malam dan tahajud.
Pernah program disebuah masjid semua pelajar berebut khidmat bersih tandas masjid dan berdakwah. Jika dengar kisah Nabi saw dan sahabah rhum mereka menangis...
Sekolah dapat tempat terbaik dari tempat tercorot dalam mrsm.
Seorang pelajar khidmat ibunya tidak berhenti basuh rumah dan picit ibunya supaya ibunya tidak menyekat dari dakwahnya.
Seorang dari pelajar sekolah itu penggerak dalam dakwah disekolah itu sambung belajar di umt. Sangat kuat berdakwah sehingga seluruh keluarganya juga menjadi daie.
Pelajar ini sangat rapat dengan saya. Selalu berlapar.. Duit yang diperolehnya digunakan untuk buat makan disurau. Belanja kawan yang baru mula dekat dengan masjid. Sedikit duit lagi disimpan untuk.pergi belajar agama...
Satu hari tengah saya drive, saya dapat sms adik tadi telah meninggal ketika berdakwah di sebuah tempat di sabah.Surau tiada air. Dia lemas pagi itu..
Saya lihat ribuan orang solat jenazahnya dibeberapa tempat. Seperti seorang tokoh yang meninggal dunia.Anak muda ini telah jumpa Allah dalam keadaan hatinya penuh cinta Allah dan tidak sempat nak cinta dunia...berapa ratus orang yang dia sendiri telah dakwah. ALLAH telah ubah kehidupan ramai anak muda asbabnya...
Kini adik beradiknya walaupun jadi doktor dan lain2 tapi penuh fikir agama dan sayang agama...
Bagaimana saya? Apakah pandangan Allah pada saya..sedih dan rindu mereka semua ini kerana Allah..apa yang diceritakan ini bukan mimpi. Tapi itulah kehidupan...macam baru semalam.
Semasa di kubur, kawan kepada adik tadi. Saya juga berada di situ dengar kawannya menangis dan kata...sampai hati kau. Awalnya kau pergi.Juta lagi manusia yang belum kenal Allah. Banyak lagi kerja nak buat...
Saya sebak dan menangis kerana teringat ilmu agama ada dua. Satu dilidah yang cuma menjadi beban di akhirat. Satu lagi ilmu yang menyerap dihati dan menjadi amalan sehingga kita mati dalam mengamalkannya..
Itulah keajaiban iman bila.menyerap dalam jiwa. Tanda iman merasai nikmat bila tunaikan perintah Allah dan melihat umat taat Allah...iman juga rasa sengsara dan pilu bila buat dosa dan jiwa menangis dan meronta bila lihat umat jauh dari Allah.

Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Wednesday, June 3, 2015

#4 Keadaan Ummat

17 Februari 2014
Menangis dengar kisah hari ini seorang wanita ibu ayam/pembekal pelacur sepanjang hidup beliau. Kerja yang sangat keji.
Satu hari anaknya bawa balik satu cd ceramah seorang guru dan alim besar saya sangat sayang hadiah dari kawannya.
Ibunya dengar dan suruh anaknya ulang lagi. Sehingga banyak kali dia ulang. Dia tanya, anaknya di mana kamu dapat cd ini..siapa penceramah ini. Anaknya didakwah dan diberikan oleh seorang pelajar madrasah di Masjid...
Dia jumpa pelajar tadi dan tanya isi ceramah pasal taubat. Allah sudi ampunkan semua dosa saya.Betul ke?
Jawab pelajar tadi. Iyer. Semua dosa. Apa sahaja. Kata wanita tadi kamu tidak tahu dosa aku. Tapi hari ini kamu jadi saksi aku bertaubat segala dosa aku dari dulu sehingga hari ini.
Wanita bertaubat tadi. Dia solat tarawih di masjid. Dia asyik menangis. Dalam tangisannya dia bertaubat. Ramai orang dengar dia menangis.
Malam 29 Ramadhan selepas solat dia berdoa kuat dan menangis. Ya Allah, seluruh hidupku dengan dosa yang amat besar. Ya Allah jika kau terima taubatku. Ambil lah aku mengadapMu. Ya Allah jika kau terima aku ambilah aku..
Dia meninggal dalam doa itu selepas solat malam 29 Ramadhan...Kisah ini di Karachi, Pakistan..
Ya Allah, betapa sayangnya Mu kepada kami semua. Kau sudi.mengampunkan walaupun seluruh dosa memenuhi langit dan bumi.
Kita belum tahu kesudahan kita. Rasa nak menangis dengan dosa dan kezaliman diriku yang terlalu banyak, sedangkan Allah maha penyayang dan terlalu baik pada kita semua.Maha suci Allah.

Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Tuesday, June 2, 2015

#3 Keadaan Ummat

18 Disember 2013
Saya teringat seorang kawan dan alim masa belajar dulu seorang anak orang kaya. Saat dia belajar agama. Suasana belajar yang agak susah dan sangat jauh dari keluarga. Dia sedih kerana terasa hidupnya susah.
Dia teringin hidup macam anak orang lain. Tapi kerana suasana belajar yang sangat susah dan makanan yang tidak sesuai.
Dia tulis segala keinginan dia di sebuah kertas. Seorang alim ajar bila teringin sesuatu yang tidak dapat diperoleh kerana kita sibuk belajar agama atau kerana perintah Allah mengadu pada Allah.


Bila berdoa, dia kata ya Allah saya nak ini dan itu. Tapi kerana saya sedang belajar agama dan kerana perintahMu, saya korbankan apa yang saya nak. Kerana CintaMu ya Allah.

Saya lihat hari ini segala keinginannya Allah telah beri. Antaranya dia ingin suka berjalan jauh-jauh. Hari ini dia telah sampai banyak negara kerana dakwah. Dia inginkan isteri seperti yang dia pernah sebutkan. Allah telah beri padanya. Hajat dia untuk jadi anak yang menunaikan harapan ibubapa. Kini dia dapat menunaikan hajat itu.
Kata dia pada saya, sahabat Nabi saw cinta dan berkorban untuk agama sehingga keinginan mereka dipendam sehingga mereka mati demi agama. Kini pasti Allah sedang menunaikan segala keinginan mereka.
Dalam Al-Quran Allah janji, dan di akhirat nanti akan kami tunaikan segala apa yang kamu inginkan dan segala apa yang kamu cita-citakan.
Baik kita mati dari meninggalkan dakwah Nabi saw dan Sunnah Nabi saw
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Monday, June 1, 2015

#2 Keadaan Ummat

28 May 2015
Bagi kita mungkin dia cuma seorang yang biasa. Tapi di sebalik mereka rupanya Allah jadikan asbab hidayah buat ramai orang. Menitik air mata bila seorang pakcik tiada sebelah kaki kerana kemalangan dan seorang pakcik tua bisu dari siong baling bersemangat untuk berdakwah bersama ke kl berserta 10 orang anak muda dari siong selama 40hari.
Masa saya beri ceramah orang pertama bangun beri nama pakcik bisu tadi. Sentiasa senyum dan bersemangat dalam dakwah. Orang bisu boleh solat dan dakwah serta menangis malam.
Pakcik yang tiada kaki pula last minit nak ikut bersama kami. Malam kami sampai kl. Dia sedih sebab ditinggalkan. Segera duduk di stsen bas dan doa. Ada orang datang dan tolong belikan tiket. Naik lrt sendiri sampai ke masjid ini. Cuma sehelai sepinggang. Senyap dan tidak meminta-minta.
Hanya air mata risau atas anak muda di baling dan siong. Syukur Allah beri anak muda yang dan orang lama yang sedia untuk dakwah. Sekarang kami akan tangguh tapi mereka pula akan buat usaha dakwah dan bersama dalam madrasah bergerak ini.
Masa saya di sebuah madrasah besar untuk ajak mereka berdakwah dalam masa cuti. Mereka takut dan tak nak berdakwah. Mereka takut betul ke dakwah macam ni. Banyak ustaz mereka tidak suka dan halang. Jawab saya pada mereka. Ada ramai orang siang malam mati tanpa agama dan masuk neraka selamanya. Tidak akan keluar lagi. Ramai orang tak solat. Jauh dari agama. Awak semua masih nak fikir untuk berdakwah?kalau lah Nabi saw dan shbt pikir nak dakwah ke tidak. Apalah jadi pada kita hari ini? Ya Allah maafkanlah kami semua. Apalah nak jadi dengan kami siang malam pergi dari kecil belajar kuliah ilmu tapi masih fikir belum mula buat dakwah sungguh-sungguh. Kerja setiap hari paling kurang 8 jam sampai mati. Dakwah cuma sekali sekala. Ampunkan saya ya Allah
Kredit to: Ustaz Ebit Lew

Kekasih Ku